Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Jaga sensitiviti agama lain, pesan Pak Samad kepada Asri

 | April 24, 2017

Sasterawan negara itu berkata, setiap kaum mempunyai cara hidup, kepercayaan serta agama sendiri, dan ia perlu dihormati orang lain.

asri

PETALING JAYA: Kritikan yang dibuat individu dianggap pemimpin sesebuah masyarakat perlu membina dan mengambil kira sensitiviti kaum lain, kata Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.

Beliau mengulas “puisi pagi Jumaat” Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin pada minggu lalu yang menyelar golongan “mempertuhankan lembu” kerana menentang seorang “pendakwah”.

“Kalau kita menegur pun, kita harus membina. Kita boleh bercakap tentang isu perkauman, tetapi niatnya ialah untuk menyatupadukan, bukan untuk membelah.

“Kita harus membina bukan merosakkan, apa lagi di tanah air kita ini, kita hidup di tengah berbagai kaum, jadi kita harus menyedari dan menghormati sensitiviti kaum-kaum yang lain juga.

“Kita harus faham negara ini berbilang kaum. Setiap kaum mempunyai cara hidup, kepercayaannya, agamanya tersendiri, dan kita harus menghormati itu,” katanya yang juga dikenali sebagai Pak Samad kepada FMT hari ini.

Asri menjadi kritikan pelbagai pihak sejak beberapa hari lalu kerana menulis puisi itu di tengah-tengah bantahan NGO bukan Islam, termasuk kumpulan Hindraf terhadap kehadiran pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik di Malaysia.

Asri yang merupakan antara tokoh paling lantang mempertahankan Zakir yang dikehendaki pihak berkuasa India dalam siasatan pengubahan wang haram dan mempromosi kebencian agama, memadamkan puisi itu daripada Facebooknya semalam, susulan pelbagai kecaman dan beberapa laporan polis terhadapnya.

Bagaimanapun, beliau kekal mempertahankan alasannya yang puisi itu tidak ada kena-mengena dengan isu Zakir, sebaliknya mengenai dasar kerajaan pimpinan Modi yang menurutnya menzalimi umat Islam kerana menyembelih lembu, binatang yang dianggap suci bagi penganut majoriti Hindu di India.

Mengulas lanjut, Samad berkata, seorang pemimpin atau tokoh sepatutnya memahami sensitiviti orang ramai sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Jadi, kalau kita nak tegur pun, kita mesti faham dulu bukan hanya menegur sahaja, nanti ini tidak membina.

“Pokoknya, menyedari penghuni negara ini berbilang kaum dan agama, maka kita perlu santun apabila berkata tentang kepercayaan orang lain. Saya kira mufti tersebut bersuara atas kepercayaan dan kesedaran itu.”

Asri buang ‘puisi Jumaat’ dari Facebook

Asri bidas penyembah ‘lembu’ yang halang ‘pendakwah kita’


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments