Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

GST adalah cukai yang adil, kata menteri besar Johor

 | April 25, 2017

Khaled berkata demikian selepas pakatan pembangkang setuju kekalkan GST jika berjaya mengambil alih kuasa dalam PRU14

Mohamed-Khaled_gst_600

ISKANDAR PUTERI: Keputusan pakatan pembangkang mengekalkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sekiranya berjaya mengambil alih kuasa dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) membuktikan GST adalah sistem percukaian yang adil, kata Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata GST yang diperkenalkan kerajaan adalah sistem percukaian paling adil yang diamalkan banyak negara bagi mengutip hasil secara mampan.

“GST ini sekurang-kurangnya mengurangkan kebocoran (ketirisan) walaupun pada permulaan pelaksanaannya ada masalah yang timbul,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program i-Move kerajaan negeri hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar 2 hari lepas yang menyatakan GST akan dikekalkan sekiranya pakatan pembangkang mengambil alih kuasa.

Mohamed Khaled berkata beliau tidak terkejut dengan kenyataan itu kerana pembangkang tidak pernah konsisten dalam kenyataan mereka demi kepentingan agenda mereka, sedangkan mereka sebelum ini membantah GST.

“Saya ingat ia bukan sesuatu yang memeranjatkan kerana pembangkang suka hendak membawa persepsi untuk rakyat terus menghukum.

“… tetapi nanti, apabila ada apa-apa kes dan pergi ke mahkamah untuk dibicarakan, baru kita tahu benda yang sebenarnya tetapi rakyat terpengaruh dengan persepsi yang dibawa pembangkang,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments