Saman sekolah, kata persatuan kanak-kanak kepada keluarga Thaqif
Pengerusi Persatuan Suara Kanak-Kanak berkata ibu bapa perlu mengumpul semua bukti jika mahu menyaman sekolah tahfiz dan kakitangan bertanggungjawab
Pengerusi Persatuan Suara Kanak-Kanak Sharmila Sekaran berkata ibu bapa perlu mengumpul semua bukti untuk laporan polis.
“Daripada laporan media yang dibaca setakat ini, pihak sekolah nampaknya gagal melindungi kanak-kanak itu. Dalam kejadian ini seorang budak dipukul sehingga mengalami kecedaraan dan bengkak yang teruk.
“Ibu bapa perlu ada x-ray dan foto untuk menunjukkan ada kebukaan pada kulit, kebocoran atau potongan pada kulit yang menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kekoyakan, bengkak, terkena jangkitan dan meninggal dunia,” katanya kepada FMT ketika diminta mengulas mengenai kematian Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi yang mati pada 2.06 petang di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.
Thaqif dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) pada Rabu untuk kecederaan yang dialami pada kaki selepas dia didakwa dipukul penolong warden sekolah tahfiznya.
Peguam itu berkata polis ketika ini sepatutnya sudah mengambil paip getah yang didakwa digunakan untuk memukul kanak-kanak itu sebagai bukti.
Beliau difahamkan kawasan sekolah itu mempunyai kamera litar tertutup tetapi tidak pasti sama ada ia merakam kejadian itu. “Ibu bapa tentu mahu mengumpul semua bukti itu jika mereka mahu menyaman.”
Sharmila berkata ada ketidaksinambungan dalam kejadian itu. Ini kerana beliau berkata para doktor tidak dapat mengesahkan bagaimana kaki Thaqif dijangkiti gangren sehingga perlu dipotong.
“Mungkin pihak keluarga perlu meminta bedah siasat dilakukan.”
Beliau menambah persatuannya mahu siasatan terperinci dijalankan.
Pada Jumaat, para doktor HSI terpaksa memotong kaki Thaqif bagi mengelakkan jangkitan merebak ke tisu dan sel darah. Beliau koma keesokan hari.
Doktor kemudian mendapati tangan kanannya kebiruan-biruan disebabkan jangkitan dan darah beku dikesan pada lengan kiri. Mereka memaklumkan keluarga tangan Thaqif mengalami nekrosis.
Thaqif dijadualkan menjalani pembedahan memotong tangan kanannya pagi ini.
Penolong warden terbabit ditahan di rumahnya di Felda Lok Heng Barat, Kota Tinggi Sabtu lepas, selepas ibu Thaqif membuat laporan polis pada 18 April.
Tahanan reman penolong warden Madrasah Tahfiz Al-Jauhar itu dilanjutkan 3 hari lagi sehingga Sabtu.
Ibu saudaranya Dzuraidah Ahmad berkata memberitahu The Star Thaqif pernah mengadu kepada ibunya mengenai dakwaan pukul itu dan menulis di dalam diari mengenai dakwaan penderaan yang bermula sejak bulan lalu.
“Ya Allah bukakanlah hati ibu bapa saya harap mereka semua mengizinkan saya pindah sekolah lain kerana saya tak tahan lagilah.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
“Ya Allah, tolong makbulkan doa ku,” lapor akhbar itu memetik salah satu catatan diarif Thaqif, seperti yang diberitahu ibu saudaranya.