Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

B-U-T rahsia BN kekal kuasa, dakwa PAS Terengganu

 | April 30, 2017

Dalam perbahasan Muktamar ke-63 PAS hari ini, Kamaruzzaman Abdullah dari Terengganu mendakwa BN akan membeli rakyat, mengancam mereka dan menipu dalam pilihan raya.

Kamaruzzaman-Abdullah-2

ALOR SETAR: Seorang perwakilan PAS dari Terengganu mendakwa Barisan Nasional (BN) menggunakan formula B-U-T yang merujuk kepada perbuatan “membeli, mengugut dan menipu” rakyat untuk memenangi pilihan raya.

Dalam perbahasan Muktamar ke-63 PAS hari ini, Kamaruzzaman Abdullah mendakwa BN akan membeli rakyat, mengancam mereka dan menipu dalam pilihan raya.

“Ini adalah cara Umno dan BN boleh memerintah sehingga sekarang,” kata Kamaruzzaman ketika membahaskan ucaptama presiden PAS.

Kamaruzzaman juga mengecam pihak-pihak yang menuduh PAS bekerjasama dengan Umno.

Beliau berkata di Terengganu, PAS sentiasa konsisten dalam menentang Umno.

Pada pilihan raya umum akan datang, beliau berkata, PAS akan bertanding di semua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 8 kerusi Parlimen di Teregganu.

Beliau berkata, di Terengganu, PAS sudah pun mempunyai bilangan kerusi maksimum yang diperlukan oleh pembangkang.

“Dalam PRU-14, kami hanya memerlukan 1 hingga 2% pergerakan undi dan insya-Allah, kami boleh mengambil alih Terengganu.”

Kini, di Terengganu, BN mempunyai 17 kerusi, PAS pula 14 kerusi manakala PKR 1.

Kamaruzzaman turut mendakwa Umno “menggunakan” Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk kelebihan melalui persempadanan semula kawasan pilihan raya dan jika kawasan pilihan raya tidak diubah, PAS boleh menang.

Kawasan Parlimen Kuala Terengganu, salah 1 daripada 8 kerusi pilihan raya ‘super’, didakwa telah melalui persempadanan semula kendalian SPR.

Dalam menghadapi PRU 14, Kamaruzzaman turut menggesa PAS agar cepat bertindak balas mengatasi “pembohongan” dan “dakwaan” dibuat terhadap PAS, termasuk dakwaan kononnya pemimpin parti itu tidak turun ke peringkat akar umbi.

“Kita juga perlu menyerlahkan kerjasama erat antara ulama dan profesional supaya tiada siapa yang boleh mengatakan PAS hanya untuk ustaz, lebih-lebih lagi apabila kebanyakan yang telah meninggalkan kita adalah dari kem profesional,” katanya merujuk kepada bekas pemimpin PAS yang meninggalkan parti itu untuk membentuk Parti Amanah Negara.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments