Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

PAS lulus usul PM Malaysia mesti Muslim

 | April 30, 2017

Usul yang diluluskan sebulat suara menggesa kepimpinan PAS dan ahli-ahli Parlimen parti itu menggesa kerajaan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan supaya hanya orang Islam boleh menjadi perdana menteri.

pas-muslim-pm

ALOR SETAR: Muktamar ke-63 PAS hari ini meluluskan usul menggesa perdana menteri negara ini mesti seorang yang beragama Islam dan Perlembagaan Persekutuan harus dipinda bagi tujuan tersebut.

Usul yang diluluskan sebulat suara menggesa kepimpinan PAS dan ahli-ahli Parlimen parti itu menggesa kerajaan yang sedia ada untuk meminda Perlembagaan Persekutuan supaya hanya orang Islam boleh menjadi perdana menteri.

Usul yang dikemukakan oleh Dewan Ulama PAS itu dilulusan tanpa dibahaskan.

Menurut kertas usul yang diperoleh, memandangkan 60.4 peratus rakyat Malaysia adalah dari kalangan Muslim dan jawatan perdana menteri dalam konteks negara Malaysia merupakan kuasa eksekutif tertinggi yang menjalankan kuasa pentadbiran yang berkuasa menentukan sesebuah pentadbiran sentiasa berasaskan prinsip Islam, maka jawatan itu hanya boleh disandang oleh kalangan beragama Islam.

Selain itu, usul tersebut menyebut keperluan itu penting kerana Islam merupakan agama bagi persekutuan dan perlu ada jaminan bagi pelaksanaan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan yang bersangkut paut dengan hal-hal berkaitan hak keistimewaan Melayu.

“Ahli-ahli Parlimen PAS perlu mendesak kerajaan Malaysia membuat pindaan Perlembagaan Malaysia supaya jawatan perdana menteri hanya dipegang oleh kalangan warganegara Muslim yang melengkapi syarat kepimpinan dalam Islam,” kata usul itu.

Baru-baru ini, selepas usul itu mula-mula diluluskan di Muktamar Dewan Ulama, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengkritik tindakan itu atas alasan cuba mewujudkan permusuhan antara orang Islam dan bukan Islam.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments