Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Zakir Naik: KPN minta Hindraf jangan keterlaluan

 | April 30, 2017

Polis pantau penceramah kontroversi itu, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar.

tan-sri-khalid-zakir-naik-hindraf-2PETALING JAYA: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta Hindraf jangan “bertindak balas secara keterlaluan” dalam isu penceramah kontroversi Zakir Naik.

Semalam, Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) P Waythamoorthy mendedahkan beliau meminta Jawatankuasa Counter Terrorism (CTC) Majlis Keselamatan PBB menasihatkan Malaysia selaku negara anggota untuk tidak memberi perlindungan kepada Zakir sedang melarikan diri dari pihak berkuasa India.

“Kami, di Malaysia, tidak mahu negara kami digunakan sebagai pangkalan pengganas atau kem latihan, atau untuk mempersiapkan atau menguruskan tindakan pengganas di dalam negara atau antarabangsa,” kata Waythamoorthy.

Beliau menambah Zakir mungkin memindahkan pangkalan operasi ke Malaysia untuk mengalakkan atau menyokong aktiviti sektarian.

Bekas timbalan menteri itu juga menyeru CTC menasihatkan wakil Malaysia di sana supaya bekerjasama dengan menafikan perlindungan kepada Zakir, menarik balik status penduduk tetap, membekukan aset dan aktiviti, dan menggunakan “prinsip ekstradisi”.

Agensi Siasatan Kebangsaan (NIA) India mengeluarkan notis kepada Zakir supaya pulang untuk disoal siasat.

Pihak berkuasa di sana juga memfailkan kes pengubahan wang terhadap Zakir, manakala Yayasan Kajian Islam yang berkaitan dengannya juga dituduh menghasut orang Islam dan mengalakkan permusuhan antara masyarakat.

Menjawab dakwaan Waythamoorthy itu, Khalid berkata Hindraf tidak perlu bertindak balas secara keterlaluan.

“Polis akan memantau dia dan aktivitinya,” kata pegawai tertinggi polis itu kepada FMT.

Seorang watak yang menimbulkan perbalahan di Malaysia, laporan mengenai Zakir diberi status penduduk tetap tidak disambut baik ramai pihak, terutamanya masyarakat Hindu yang berkata Zakir memperkecilkan agama Hindu dan agama lain.

Baru-baru ini, sekumpulan 28 NGO India tempatan menunjuk perasaan di Pesuruhjaya Tinggi India di Kuala Lumpur, melaungkan “Zakir Naik, balik India” “Zakir Naik, pendatang haram”.

Bagaimanapun, Zakir juga mempunyai peminat tersendiri, malah bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang berkata Zakir tidak dilarang memasuki Malaysia kerana tidak melanggar undang-undang negara ini.

Kemudian, Zakir berkata imigresen akan senarai hitamkan semua individu yang dianggap sebagai ancaman kepada keselamatan dan keamanan negara, berdasarkan maklumat dari pihak berkuasa berkaitan.

Hindraf mahu PBB gesa Malaysia batal PR Zakir Naik


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments