Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

‘Ahli perlu kuasai bahasa lain tingkat pengaruh PAS’

 | May 1, 2017

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional berkata, jika tidak boleh bertutur dalam bahasa lain, bagaimana calon PAS hendak memikat hati pengundi di kawasan majoriti pengundi bukan Islam.

Najihatussalehah-belajar-bahasa-lain-mandarinALOR SETAR: Ahli PAS perlu berusaha menguasai bahasa Inggeris dan bahasa ibunda kaum utama di Malaysia bagi meningkatkan pengaruh PAS di kalangan masyarakat bukan Islam, kata Dr Najihatussalehah Ahmad.

Pada Muktamar PAS hari ini, pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) itu mengeluh LPN peringkat kawasan dan cawangan tidak cukup aktif dan ini penting untuk merangsang pertumbuhan sayap penyokong PAS – Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Najihatussalehah berkata, LPN menganjurkan kelas bahasa Mandarin di peringkat kebangsaan dan memukau perwakilan dengan beberapa ayat dalam bahasa itu.

“Jika kita tidak boleh bercakap bahasa Mandarin, bagaimana kita boleh menjadi calon di kawasan seperti Ipoh Timur, Ipoh Barat dan Bukit Bintang di Kuala Lumpur.

“Semua pemimpin terutamanya mereka yang berada di peringkat kawasan dan cawangan mesti berusaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil, dan juga bahasa etnik di Sabah, Sarawak serta Orang Asli di Semenanjung Malaysia.”

Najihatussalehah memberi contoh kes PAS di Parlimen Parit pada pilihan raya umum (PRU) 2008. Beliau berkata, calon PAS hanya menerima 1 undi daripada Orang Asli di Sungai Perah.

Beliau berkata, walaupun ada yang mencemuh mereka hanya menerima 13 undi daripada Orang Asli pada PRU13, ia masih peningkatan ketara berbanding 2008.

Sejak beberapa hari ini, ada di kalangan pemimpin PAS yang mengulangi pendirian parti itu tidak anti orang bukan Islam, tetapi hanya menentang DAP yang dilihat sebagai anti-Islam.

Muktamar kali ini diadakan 2 tahun selepas pemilihan 2015 yang menyaksikan beberapa pemimpin veteran parti itu tewas dalam perebutan jawatan tertinggi, lalu menubuhkan Amanah.

Mereka kemudiannya menubuhkan Amanah yang kini menganggotai Pakatan Harapan bersama PKR, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments