Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Dr M janji kembali asas demokrasi, PM Pakatan bekerja untuk rakyat

 | May 6, 2017

Dr Mahathir berkata Pakatan Harapan akan memastikan Malaysia ditadbir oleh kerajaan yang mengutamakan rakyat, bukannya perdana menteri seperti diamal kepimpinan Najib sekarang.

mahathirJOHOR BAHRU: Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan akan kembali kepada prinsip asas demokrasi iaitu kerajaan yang akan bekerja untuk rakyat, bukan sebaliknya jika Pakatan Harapan diberi mandat memerintah negara ini.

Ketika berucap di hadapan kira-kira 1,600 orang pada majlis makan malam mengumpul dana di Gelang Patah dekat sini malam tadi, bekas perdana menteri berkata, semua parti komponen Pakatan Harapan akan bekerja bersama-sama untuk rakyat, bukannya rakyat yang bekerja untuk mereka.

“Anda akan mempunyai seorang perdana menteri yang akan bekerja sebagai pekerja kita, yang akan bertindak untuk kita.

“Kami akan memastikan negara kita akan ditadbir oleh kerajaan yang memberi perhatian kepada apa yang rakyat benar-benar memerlukan.

“Sekarang seluruh kerajaan bekerja hanya untuk (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak),” kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Dr Mahathir yang keluar Umno, parti yang beliau mengetuai selama lebih 22 tahun dan kemudiannya membantu membentuk PPBM berkata, Umno telah lari dari perjuangan asalnya.

Bagaimanapun Dr Mahathir mengakui keputusannya untuk bekerjasama dengan bekas musuh beliau tidak disambut baik oleh sesetengah pihak.

“Ada orang Melayu yang marah pada saya apabila duduk di sebelah (veteran DAP) Lim Kit Siang. Tetapi ada juga beberapa orang Cina yang mengecam Lim kerana untuk duduk di sebelah saya.”

Oleh itu, kata beliau, apa pun tindakan diambil, “kami akan menjadi salah.”

“Bagi kaum Cina, Lim telah mengkhianati mereka, untuk orang Melayu, saya telah mengkhianati mereka.

“Tetapi sebenarnya kami tidak mengkhianati sesiapa, kita di Malaysia. Ini adalah negara kita dan kerana kita cintakan negara kita, kita perlu memastikan negara ini ditadbir dengan baik,” katanya disambut sorakan gemuruh.

Dr Mahathir juga mengingatkan, Malaysia adalah unik dalam erti kata ia salah satu daripada hanya beberapa negara berbilang kaum yang telah berjaya dalam memastikan keamanan dan keharmonian.

Kata Dr Mahathir, ini kerana setiap orang harus ingat tiada kaum, sama ada Melayu, Cina atau India boleh memerintah negara ini dengan sendiri.

“Oleh itu, kita mesti berkongsi dalam urus tadbir negara ini.”

“Dan, saya telah menjelaskan dalam blog saya, DAP bukan parti cauvinis Cina. Ia sebuah parti berbilang kaum yang terbuka kepada semua kaum. Saya juga perasaan DAP lebih Malaysia daripada mana-mana parti kerajaan yang lain.

“Sebab itu, saya kini bekerjasama dengan DAP kerana saya berasa selesa dengan DAP.”

Bersama-sama di bawah panji-panji Pakatan Harapan, pembangkang lebih kuat, kata Dr Mahathir yang turut memita orang ramai menyokong sesiapa saja Pakatan Harapan turunkan sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang, tanpa mengira kaum atau parti yang mereka wakili.

“Dengan membantu antara satu sama lain, kita akan menang pilihan raya. Dan, melihat orang ramai malam ini, saya pasti anda semua mahu menyokong DAP.

“Tetapi dengan bersama-sama, semua 4 parti (dalam Pakatan Harapan) boleh mendapat sokongan yang cukup untuk mencapai matlamat ini.”

Pemimpi berusia 92 tahun ini juga berjanji jika Pakatan Harapan berjaya ke Putrajaya, ia akan menegakkan kedaulatan undang-undang dan orang ramai akan menikmati kebebasan dan hak-hak yang diberikan kepada mereka oleh Perlembagaan Persekutuan.

Turut hadir malam tadi, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Datuk Zaid Ibrahim yang menyertai DAP baru-baru ini.

Kit Siang merupakan Ahli Parlimen Gelang Patah.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments