Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Umno Johor bantu keluarga mangsa nahas basikal fail saman

 | May 6, 2017

Proses perundangan akan dimulakan selewat-lewatnya minggu depan membabitkan peruntukan sebanyak RM350,000.

Khaled-Nordin-bicycle-crash1JOHOR BAHRU: Umno Johor melantik sebuah firma guaman untuk membantu 16 keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas basikal pada Februari lepas untuk mengambil tindakan undang-undang.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pelantikan Tetuan Meneka Kanasmoorthy itu melibatkan peruntukan sebanyak RM350,000.

“Ia bagi membiayai kos guaman serta kos perubatan melibatkan 8 remaja berbasikal yang cedera dalam nahas berkenaan,” katanya selepas menyampaikan replika cek peruntukan itu kepada wakil firma berkenaan, Mohd Nor Zabidin sempena mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Johor di sini hari ini.

Mohamed Khaled yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor berkata, ini adalah sebahagian daripada usaha bagi membantu keluarga mangsa.

Sementara itu, Mohd Nor berkata, proses perundangan itu akan dimulakan selewat-lewatnya pada minggu depan, membabitkan 3 kaunsel.

Dalam kejadian pukul 3 pagi, 8 remaja lelaki maut manakala 8 lagi cedera selepas dirempuh sebuah kereta dipandu seorang wanita ketika semua mangsa sedang menunggang basikal secara berkumpulan di Jalan Lingkaran Dalam di sini 18 Februari lepas.

Mangsa yang terbunuh merupakan pelajar berusia antara 13 hingga 17 tahun.

Tragedi basikal: Wanita mengaku tak bersalah langgar 8 remaja


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments