Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Anak peniaga Turki cederakan diri kerana rindu bapa

 | May 8, 2017

Muhammed Rafael - kanak-kanak autistik berusia 10 tahun sangat rindu kepada bapanya yang ditahan polis sejak 2 Mei lalu.

VIDEO INSIDE

rafael-1

PETALING JAYA: Anak warga Turki, Ihsan Aslan bertindak mencederakan dirinya sejak bapanya ditahan polis minggu lalu.

Isteri Ihsan, Ainnurul Aisyah Yunos Ali Maricar berkata, Muhammed Rafael, kanak-kanak autistik berusia 10 tahun itu sangat rindu kepada bapanya yang akan menidurkannya setiap malam.

“Ia amat sukar bagi kami, khasnya 3 anak kecil saya sejak suami saya ditahan.

“Anak saya ni memang rapat sangat dengan bapa dia. Jadi kalau dia tak dapat jumpa bapa dia, cara dia luahkan perasaan dia ialah dari segi dia akan pukul muka dia, dia akan menggigit tangan dia.

“Itu menunjukkan dia berasa sedihlah. Jadi, sejak dua menjak ni makin teruklah sebab dia tak faham kenapa bapa dia tak balik rumah,” katanya pada sidang media hari ini.

Ihsan yang berasal dari Turki pada mulanya disangka diculik selepas Ainnurul gagal menghubunginya pada 2 Mei lalu.

Keesokannya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui Twitternya memaklumkan Ihsan bersama seorang lagi lelaki Turki, Turgay Karaman, ditahan polis kerana disyaki terbabit aktiviti mengancam keselamatan negara.

Khamis lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan mendakwa 2 warga Turki itu disyaki ada kaitan dengan IS.

Selepas itu, seorang lagi lelaki Turki – Ismet Ozcelik yang merupakan ahli akademik ditahan Khamis lalu.

Ada yang bimbang mereka mungkin dihantar pulang ke Turki, nasib sama dialami 2 lelaki Turki tahun lalu.

Daily Sabah melaporkan 2 lelaki itu – Alettin Duman dan Tamer Tibik ditahan pihak berkuasa Malaysia dan diekstradisi ke Turki pada Oktober 2016. Kedua-duanya didakwa mempunyai hubungan dengan pergerakan Gulen yang diharamkan di Turki.

Ditanya mengenai kemungkinan Ihsan diekstradisi ke Turki, Ainnurul yang merupakan warganegara Malaysia mengalirkan air mata dan merayu kerajaan Malaysia tidak mengusir suaminya.

“Saya merayu mereka tidak berbuat demikian. Anak-anak saya perlukannya dan saya tidak tahu apa yang akan berlaku kepadanya di sana. Sebab itu saya tidak mahu dia diusir.

“Dia suka kerajaan Malaysia dan Turki. Dia tidak akan buat perkara yang boleh mengancam keselamatan mereka.

“Dan saya tidak marah kepada sesiapa kerana saya percaya ini hanyalah salah faham besar. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Tetapi, saya berharap dia akan dibebaskan tidak lama lagi,” katanya.

Ainnurul berkata, keluarganya belum berpeluang menemui suaminya, walaupun seorang pegawai Cawangan Khas yang mengendalikan kes Ihsan sudah berjanji akan mengkaji perkara itu.

Katanya, jika semua berjalan lancar, beliau mungkin boleh menemui suaminya yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) seawal Khamis ini.

Pasangan itu berkahwin pada 2003 dan mempunyai 3 anak berusia 2 hingga 10 tahun. Mereka berdua merupakan rakann kongsi dalam perniagaan borong tudung.

Zahid: 2 warga Turki ditahan disyaki terlibat dengan IS

Polis nafi warga Turki ditangkap atas arahan luar


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments