Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Arul Kanda akan terima keputusan lembaga Bandar Malaysia, TRX

 | May 8, 2017

Tetapi CEO 1MDB berkata beliau belum terima sebarang notis mengenai keputusan mengeluarkan beliau dari lembaga pengarah di kedua-dua syarikat

arul-kanda-trx-3

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy berkata beliau tidak terima sebarang notis rasmi mengenai keputusan mengeluarkan beliau daripada lembaga pengarah Bandar Malaysia Sdn Bhd dan Tun Razak Exchange (TRX).

Bagaimanapun, beliau berkata keputusan mengenai lembaga pengarah di kedua-dua firma itu terserah kepada kementerian kewangan.

“Ia adalah pengetahuan umum bahawa pelantikan saya sebagai ahli lembaga TRX City dan Bandar Malaysia disebabkan 1MDB pemegang saham kedua-dua syarikat,” kata Arul dalam pesanan teks kepada FMT.

“Oleh kerana syarikat-syarikat telah dipindahkan oleh 1MDB ke MOF Inc berkuatkuasa dari 31 Mac, 2017, ia hanya munasabah untuk menjangkakan bahawa MOF Inc mahu melantik pengarah baru, itu budi bicaranya.”

Laporan berita petang tadi memetik sumber mengatakan pengeluaran itu dilakukan kerana mungkin ada “potensi konflik kepentingan” susulan kesan daripada kegagalan perjanjian Bandar Malaysia dengan konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corp (CREC).

Ditanya mengenai perkara tersebut, Arul berkata selaku seorang pengurus profesional, “saya berkhidmat seperti yang diminta pemegang saham”.

“Saya akan sentiasa berpandukan kepada dan akan menerima sebarang keputusan yang dibuat pemegang saham.”

Pada 3 Mei, TRX City berkata perjanjian penjualan saham (SSA) dengan IWH dan CREC berhubung penjualan 60% modal terbitan dan berbayar Bandar Malaysia terbatal.

Ia berkata ini kerana kegagalan pihak pembeli menunaikan tanggungjawab pembayaran.

Dalam satu kenyataan, TRX City berkata walaupun tempoh lanjutan diberikan, IWH-CREC gagal menunaikan tanggungjawab pembayaran seperti yang termaktub dalam syarat SSA, yang ditandatangani pada 31 Disember 2015.

Berikutan itu, melihat kepada peningkatan nilai tanah Bandar Malaysia, pemegang saham tunggal TRX City, kementerian kewangan, akan mengekalkan 100% pemilikan ke atas kawasan itu bagi memastikan rakyat menerima manfaat daripada keseluruhan pembangunannya.

Arul dilantik CEO 1MDB pada Januari 2105 dan mengekalkan jawatan itu walaupun dengan perkembangan ini.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments