Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

‘Suami saya bukan ancaman kepada Malaysia atau Turki’

 | May 8, 2017

Isteri Ihsan, Ainnurul tahu rutin suaminya, dan oleh itu tidak mengesyaki sebarang salah laku.

VIDEO INSIDE

turkPETALING JAYA: Ishan Aslan, seorang warga Turki yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengganas, menyanjungi kerajaan Malaysia dan Turki, kata isterinya Ainnurul Aisyah Yunos Ali Maricar hari ini.

“Dia penyokong kerajaan, dan dia sangat menyanjungi negaranya dan juga Malaysia.

“Saya pernah tanya dia mahu kami pulang ke Turki tetapi dia tak mahu. Kerana dia sukakan Malaysia. Sebab itu kami cuba pulang ke Turki setiap tahun,” kata Ainnurul, 35, pada sidang media di sini hari ini, ditemani 3 anaknya yang berusia antara 2 hingga 10 tahun.

Dengan air mata yang bercucuran, beliau berkata mereka pulang ke Turki 2 kali tahun lepas.

Menurut beliau, dalam satu perjalanan mereka, cubaan rampasan kuasa terhadap kerajaan Recep Tayyip Erdogan berlaku sewaktu dalam perjalanan pulang ke Malaysia.

“Kami dalam penerbangan pulang apabila ia berlaku. Kami semua terkejut,” katanya.

Ainnurul memberitahu pemberita kerajaan Turki tidak pernah memanggil suaminya untuk disoal siasat. Pihak berkuasa Malaysia juga tidak memanggil sebelum tangkapannya minggu lepas.

Beliau juga menafikan suaminya terbabit dalam aktiviti melibatkan ulama Turki dalam buangan, Fetullah Gulen.

“Tak betul. Dia tak terlibat dalam sebarang gerakan. Saya masih terkejut kerana tiada sebab untuk dia ditangkap. Dia tak melakukan apa-apa kesalahan.”

Ainnurul tahu rutin suaminya, dan oleh itu tidak mengesyaki sebarang salah laku.

Sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab, rutin harian Aslan berligar sekitar kerja dan keluarga, katanya.

“Dari Isnin ke Sabtu, dia akan ke kedai pada waktu pagi, dan pulang pada 9.00 pagi. Pada Ahad, dia akan meluangkan masa bersama keluarga.”

Beliau menambah suaminya tiada masa untuk menghadiri perhimpunan agama, atau terlibat dalam mana-mana NGO.

Aslan pada awalnya disyaki diculik selepas isterinya gagal menghubungi beliau pada 2 Mei.

Sehari kemudian, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Twitter berkata Aslan bersama seorang lagi lelaki warga Turki, Turgay Karaman, ditangkap berhubung aktiviti yang mengancam keselamatan negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kemudian berkata tangkapan dilakukan selepas polis menerima maklumat daripada Pusat Serantau Digital Memerangi Mesej Melalui Komunikasi (CMC).

Beliau menambah dapatan polis berdasarkan kepada komunikasi antara 2 lelaki itu menyebabkan pihak berkuasa mengesyaki mereka menjadi ancaman keselamatan.

Seorang lagi lelaki warga Turki, Ismet Ozcelik, ditahan pada Khamis.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments