Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Isteri, anak menangis jumpa lelaki Turki di Bukit Aman

 | May 9, 2017

Kanak-kanak autistik berusia 10 tahun, Muhammed Rafael memegang tangan ibunya sambil menangis mencari bapanya, Ihsan Aslan.

Ainnurul-Aisyah-Yunos-Ali-Maricar

KUALA LUMPUR: Ainnurul Aisyah Yunos Ali Maricar tidak tahu bila polis akan membebaskan suaminya atau sama ada anaknya berpeluang menemui Ihsan Aslan semula.

Tetapi, demi menenangkan 3 anaknya yang sangat gembira selepas pertemuan singkat dengan bapa mereka hari ini, Ainnurul memberitahu mereka lelaki Turki itu akan pulang dalam masa beberapa hari.

“Anak-anak sangat gembira jumpa bapa mereka. (Sebelum pergi) mereka peluk dia erat. Jadi, saya beritahu mereka baba akan balik beberapa hari lagi,” katanya kepada wartawan di luar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selepas dibenarkan menemui Ihsan hampir sejam.

Anak sulungnya berusia 10 tahun, Muhammed Rafael yang autistik dilihat memegang erat tangannya sambil menangis mencari bapanya.

Ainnurul ketika dihubungi FMT kemudian berkata, Rafael menangis sepanjang perjalanan pulang ke rumah.

“Dia tertanya-tanya kenapa bapanya tidak pulang dengan kami.”

Semalam, Ainnurul berkata, Rafael duduk di tepi tingkap setiap malam menunggu bapanya pulang.

Katanya, Rafael sangat rindu kepada Ihsan dan beliau akan menggigit tangan serta menampar muka sendiri berkali-kali bagi menghadapi ketiadaan bapanya.

Ihsan pada mulanya disangka diculik selepas Ainnurul gagal menghubunginya pada malam 2 Mei lalu.

Keesokannya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui Twitternya memaklumkan Ihsan bersama seorang lagi lelaki Turki, Turgay Karaman, ditahan polis kerana disyaki terbabit aktiviti mengancam keselamatan negara.

Khamis lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan mendakwa 2 warga Turki itu disyaki ada kaitan dengan IS.

Selepas itu, seorang lagi lelaki Turki – Ismet Ozcelik yang merupakan ahli akademik ditahan Khamis lalu.

Ketiga-tiganya kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma.

Ditanya mengenai keadaan suaminya, Ainnurul berkata, beliau nampak sihat dan dalam keadaan baik.

Warganegara Malaysia itu yang gembira dapat menemui Ihsan yakin suaminya tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Jika ada apa-apa bukti mengaitkan dia dengan sebarang aktiviti haram, Aslan perlu dibicarakan di mahkamah Malaysia untuk menjawab sebarang tuduhan terhadapnya.”

Anak peniaga Turki cederakan diri kerana rindu bapa

‘Hantar suami saya ke negara lain, asalkan bukan Turki’


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments