Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Jualan laris kereta mahal menjeling kegawatan ekonomi Malaysia

 | May 11, 2017

BMW dan Mercedes-Benz berkeliaran ketika negara mengharungi kelembapan ekonomi.

kereta-mewah

PETALING JAYA: Adakah terdapat cara lebih mudah untuk mengukur keadaan ekonomi negara selain statistik dan graf?

Jika ada, maka jalan raya pasti tidak boleh dijadikan ukuran untuk mencerminkan kegawatan tersebut.

Walaupun kelembapan ekonomi mengisi perbualan harian namun kita tidak boleh terlepas daripada melihat model terbaru kereta mewah dan kenderaan berkuasa tinggi menghiasi jalan raya.

Ia sebenarnya menunjukkan sektor automobil, khususnya kereta yang menjadi simbol kemewahan, tidak terjejas dengan kegawatan ekonomi.

Walaupun beribu-ribu pekerja Malaysia dibuang kerja di kala syarikat besar bergelut dengan kegawatan paling teruk sejak 2 tahun lalu, Mercedes-Benz dan BMW melaporkan jualan memberangsangkan tahun lalu.

Ia juga tahun di mana pasaran automotif Malaysia pada keseluruhannya mengalami kemerosotan jualan kira-kira 13%.

Harga model yang paling murah pun hampir 3 kali ganda harga seunit pangsapuri murah di Lembah Klang.

Sebanyak 11,800 kereta Benz dan 11,000 kereta BMW dijual tahun lepas, dan jualan dijangka terus laris tahun ini.

Dalam tempoh 3 bulan pertama 2017, sebanyak 2,945 unit Mercedes Benz terjual, peningkatan 11% berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

BMW Malaysia, syarikat yang juga menjual Mini Cooper antara RM176,000 hingga RM290,000, mencatatkan peningkatan jualan hampir 18% berbanding tempoh sama tahun lepas.

Namun, kereta popular mampu-milik menyaksikan penurunan jualan tahun lepas.

Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA), jualan Proton, Perodua, Honda, Toyota dan Nissan merosot pada 2016.

Jualan Perodua turun 3.9%, Honda 3.2%, Proton (29.2%), Toyota (31.7%) dan Nissan (20.7%).

Itu antara petunjuk mengenai demografi pengguna kereta mampu milik: golongan kebanyakan yang perlu bergerak dari A ke B.

Pakej pinjaman

Antara kereta model Mercedes terkini, jenis C200 Avantgarde adalah termurah. Ia dijual pada harga RM254,000, murah mengikut standard Mercedes. Sementara BMW pula, model 318i bermula dari RM205,800.

Penjual kedua-dua kereta itu merangka pelbagai pakej kewangan, memberikan pelanggan lebih banyak pilihan selain sewa beli biasa.

Di bawah pilihan sewa beli yang biasa ditawarkan bank, pembeli C200 Avantgarde perlu meletakkan pendahuluan minimum 10% untuk tempoh pembayaran balik 7 tahun, membawa kepada bayaran bulanan RM3,269 sebulan.

Tetapi di bawah apa yang dipanggil pembiayaan tunggak akhir, pembeli boleh membayar kadar bulanan yang lebih rendah untuk satu tempoh masa, sebelum membuat bayaran penuh.

Sebaliknya, di bawah program “Agility Financing” dari Mercedes-Benz dan “Full Circle” dari BMW, pemilik membuat bayaran bulanan untuk satu tempoh masa tertentu dan selepas itu, mereka mempunyai pilihan untuk melangsaikan baki, melanjutkan tempoh bayaran atau kembalikan kereta.

Walau apa pun, ia masih di luar capaian majoriti rakyat, yang mana 90% berpendapatan kurang daripada RM5,000 sebulan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments