Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pelajar UiTM jadikan ulangtahun Umno lebih meriah

 | May 11, 2017

Lebih kurang 1,000 pelajar menghadiri sambutan ulangtahun Umno ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebagai suatu keperluan untuk modul ko-kurikulum mereka.

umno-uitm

KUALA LUMPUR: Lebih kurang 1,000 pelajar peserta program “sukarelawan patriotisme” Universiti Teknologi MARA (UiTM) dikatakan berada di Stadium Nasional Bukit Jalil sekarang ini, untuk memeriahkan sambutan ulangtahun Umno ke-71 malam ini.

Ramai dalam kalangan mereka yang ditemui FMT berasa teruja berada di sini, sebagai salah seorang “sukarelawan” yang diminta untuk menjadikan majlis “lebih meriah”.

FMT bercakap dengan sekumpulan 9 pelajar sarjana muda muamalat, yang berkata kehadiran mereka di sini suatu keperluan untuk modul ko-kurikulum universiti mereka.

“Kita ada kira-kira 1,000 orang. Kami menaiki bas yang disediakan dan yang lain juga,” kata jurucakap kumpulan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Syida. Mereka berada di sini sejak 11.00 pagi lagi.

“Sebelum ini kami juga diminta menjadi sekarelawan dalam acara sukan anjuran Umno. Hari ini kami hadir untuk memeriahkan majlis.”

Syida, 22, menambah juga diberi makanan percuma, dan selepas acara selesai, mereka akan diberi “sijil penyertaan”.

Sementara itu, FMT sempat bercakap dengan sekumpulan 80 pelajar UiTM yang datang untuk melakukan persembahan koir. Mereka akan menyanyikan lagu Negaraku di atas pentas.

“Ada pelajar lain juga datang atas kapasiti pelajar UiTM tetapi tak pasti mereka diwajibkan atau tidak,” katanya.

PKR hari ini mempersoalkan tindakan UiTM di Shah Alam mengarahkan pelajarnya menyertai sebuah perhimpunan di Stadium Nasional Bukit Jalil petang ini, dengan berkata ia serentak dengan sambutan ulang tahun ke-71 Umno di situ.

Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin berkata beliau dimaklumkan ibu bapa penuntut mengenai surat pekeliling kepada pelajar aktiviti ko-kurikulum supaya berkumpul di padang UiTM pagi tadi.

Satu lagi kumpulan pelajar dari pasukan berseragam pula diarahkan berkumpul pada 2.00 petang tadi.

Afif mahu Naib Canselor UiTM, Datuk Dr Hassan Said memberi penjelasan, dan berkata sekiranya benar, ia merupakan “usaha tersusun… memanipulasi dan memobilisasi mahasiswa”.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments