Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

PAS Terengganu mahu tanding 32 kerusi DUN, Parlimen

 | May 15, 2017

PAS optimis memenangi lebih banyak kerusi berbanding 15 kerusi yang disandangnya di Terengganu ketika ini.

Husain-Awang_pas_terangganu_600

KUALA NERUS: Pesuruhjaya PAS Terengganu yang baharu, Datuk Husain Awang mengumumkan parti Islam itu akan bertanding di semua 32 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau berkata, daripada semua kerusi itu, PAS optimis memenangi lebih banyak kerusi berbanding 15 kerusi yang disandangnya di Terengganu ketika ini berikutan sokongan barisan kepimpinan PAS negeri baharu selepas rombakan baru-baru ini.

“Kita akan bertanding semua kerusi Parlimen dan DUN negeri. Kita bersedia menghadapi apa jua keadaan dan suasana, termasuk pertandingan 3 penjuru,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, Husain mengumumkan ahli jawatankuasa baharu Badan Perhubungan PAS Terengganu Sesi 2017-2019 dengan Adun Paka, Saiful Bahri Mamat yang juga bekas pesuruhjaya PAS Terengganu kini menyandang jawatan timbalan pesuruhjaya PAS Negeri I, manakala Adun Bukit Tunggal, Dr Alias Razak dilantik sebagai timbalan pesuruhjaya PAS Negeri II.

Mengulas rombakan PAS Pusat terhadap beberapa barisan kepimpinan PAS negeri baru-baru ini, Husain menafikan berlakunya perpecahan atau pergolakan dalaman parti seperti didakwa sesetengah pihak.

“Saya menafikan perkara itu sebab tiada sebarang krisis, tiada perpecahan dan perebutan jawatan yang berlaku dalam PAS berkaitan rombakan kepimpinan itu,” katanya.

Sebaliknya, ahli jawatankuasa Badan Perhubungan PAS negeri baharu akan memantapkan lagi saf kepimpinan PAS negeri, di samping meneruskan legasi pemimpin terdahulu.

Ditanya sama ada PAS Terengganu menyenaraikan calon bagi semua kerusi yang bakal ditandingi pada PRU akan datang, beliau berkata, perkara tersebut belum diputuskan.

Husain juga tidak menolak kemungkinan bertanding pada PRU14.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments