Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Tipu diculik, suri rumah dipenjara 3 bulan

 | May 15, 2017

Wanita yang mendakwa diculik sebenarnya pergi ke Shah Alam untuk bekerja di taska dan mempunyai masalah hutang

wanita-ditahan-menipu-culikBATU GAJAH: Seorang suri rumah dijatuhi hukuman penjara 3 bulan oleh Mahkamah Majistret Batu Gajah hari ini atas pertuduhan membuat laporan palsu kononnya dia diculik pada 3 Mei lepas.

Tertuduh Nurfauzilah Ariffin, 39, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Fitri Sadaruddin.

Mahkamah memerintahkan wanita yang bekerja sambilan sebagai peniaga atas talian itu dipenjara dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 9 Mei lepas.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh didakwa menghantar pesanan suara meminta tolong melalui aplikasi WhatsApp dan Messenger Facebook miliknya memberitahu dia berada dalam penguasaan seseorang dalam tulisan bahasa Indonesia kepada suaminya.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah pada pukul 7.30 malam, 3 Mei lalu.

Perbuatan ibu kepada 6 anak itu menyebabkan satu laporan polis dibuat suaminya di IPD yang sama keesokannya.

Hasil siasatan mendapati wanita tersebut melakukan perbuatan itu sedangkan dia sebenarnya pergi ke Shah Alam, Selangor dan mendapat pekerjaan di sebuah taska.

Dia membuat cerita palsu diculik bertujuan menghilangkan diri sementara waktu kerana mempunyai masalah hutang.

Selepas kes itu tersebar di Facebook, tertuduh ditangkap di taska berkenaan atas maklumat orang awam pada 9 Mei lepas.

Pendakwaan kes itu dibuat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 6 bulan dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Nurul Qistini Qamarul Abrar manakala tertuduh diwakili Hennie Soraya Hanafi dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments