Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Zaid: Hubungan Umno-PAS baik untuk Najib, buruk bagi negara

 | May 16, 2017

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, kerjasama antara 2 parti Islam terbesar di negara ini akan memberi mereka peluang besar untuk mendapat undi paling banyak pada PRU14.

Zaid-IbrahimPETALING JAYA: Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak mungkin menyebabkan kelahiran semula satu daripada sekutu paling kuat melalui kerjasama dengan PAS, kata Datuk Zaid Ibrahim.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, parti pembangkang perlu bimbang dengan hubungan itu kerana peluang mereka memenangi pilihan raya umum akan datang semakin tipis.

Zaid yang menyertai DAP pada Februari lalu berkata, alasan itu jelas kerana umat Islam merupakan majoriti populasi di negara ini.

“Umno ialah parti Islam terbesar di negara ini. Dan PAS ialah ke-2 (terbesar). Secara logiknya, apabila kedua-duanya bergabung, mereka akan menjadi satu kuasa amat kuat.

“Jadi, pembangkang perlu melihat ini secara serius. Itu sebabnya saya minta pembangkang tidak terlalu yakin dengan berkata sesiapa sahaja merupakan calon perdana menteri lebih baik daripada Najib.

“Kami kini berdepan lawan kuat dan ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Selama ini, PAS bersama pembangkang. Jadi, ia adalah dinamik berbeza sama sekali sekarang,” katanya kepada FMT.

Untuk itu, Zaid mengucapkan tahniah kepada Najib kerana melakukan perkara betul untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Tetapi, beliau turut memberi amaran kerjasama itu akan menyebabkan keputusan pilihan raya tertumpu kepada faktor kaum dan agama, yang dalam jangka panjang mungkin “memusnahkan negara”.

“Dalam jangka panjang, Malaysia akan menjadi sangat radikal dan sebuah negara seperti Taliban.

“Bagaimanapun, dari sudut pilihan raya, Najib melakukan perkara betul kerana ia (bergabung tenaga dengan PAS) akan menjadikan beliau lebih kuat.”

Ditanya mengenai reaksi parti komponen BN terhadap kerjasama Umno-PAS, Zaid berkata, bantahan hanya akan berlaku jika kedua-dua parti Melayu itu membentuk perikatan secara rasmi.

Katanya, disebabkan kemungkinannya tipis, parti komponen BN seperti MIC, MCA dan Gerakan mungkin membiarkan Umno dan PAS percaturan senyap mereka yang boleh menjamin kelangsungan politik mereka.

“Untuk kami (Pakatan Harapan) mempunyai peluang kecil, kedudukan Tun Dr Mahathir (Mohamad) sangat penting,” kata Zaid merujuk kepada bekas perdana menteri itu yang juga pengerusi PPBM.

Zaid berulang kali menyatakan Dr Mahathir ialah satu-satunya orang yang mampu menarik sokongan orang Melayu kepada Pakatan Harapan dan resipi kejayaan gabungan itu ialah pemimpin berusia 92 tahun itu dipilih sebagai perdana menteri.

Najib dalam ucapannya sempena sambutan ulang tahun Umno ke-71 pada Khamis lalu secara terbuka menunjukkan minat terhadap bekas musuhnya, PAS.

Beliau meraikan hubungan mesra Umno dan PAS dengan memetik kata-kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan kerjasama mereka sebagai “amalan politik matang”.

“Politik antara kita tidak berkelahi, sebaliknya politik utamakan kepentingan bersama.

“Hadi turut kata dalam politik boleh beza pendapat, tapi isu melibatkan kepentingan rakyat dan negara kena bersatu dan bersama,” kata Najib.

 

PAS-Umno mungkin ‘sepakat’ tak lawan di kerusi sama?


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments