Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

PKR arahkan ahlinya keluar pentadbiran PAS di Kelantan

 | May 17, 2017

Bagaimanapun, PKR menyerahkan kepada MB Selangor menentukan kedudukan exco PAS di Selangor.

azizah-kelantanPETALING JAYA: PKR mengarahkan semua ahli partinya yang dilantik dalam pentadbiran Kelantan meletak jawatan serta merta susulan keputusan PAS menamatkan hubungan dengan parti itu.

“PKR membuat keputusan semua lantikan politik PKR di dalam kerajaan negeri Kelantan diminta melepaskan jawatan tersebut berkuatkuasa serta merta,” kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selepas mesyuarat Biro Politik PKR malam tadi.

“Perkara ini disampaikan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, kerajaan negeri masih mengekalkan wakil PKR di semua PBT di Kelantan bagi sesi 2017.

Pada 11 Mei lalu, Majlis Syura Ulama PAS memberikan lampu hijau kepada keputusan muktamar PAS baru-baru ini untuk membatalkan kerjasama politik dengan PKR, atas alasan pelanggaran syarat oleh PKR serta bantahannya terhadap agenda Islam yang dibawa PAS.

Dr Wan Azizah berkata, PKR semalam turut membincangkan kedudukan PAS dalam Selangor, tetapi ia akan diputuskan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali yang kini di luar negara.

“PKR menerima keputusan PAS yang membuat ketetapan muktamad membatalkan tahaluf siyasi, tetapi PKR menolak alasan yang mereka berikan.

“PKR akan segera mengatur langkah berikut bersama Pakatan Harapan dan sekutu lainnya yang mendokong agenda reformasi untuk hadapi Pilihan Raya Umum ke-14,” katanya.

Hubungan PAS-PKR tamat serta merta, kata Majlis Syura


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments