Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Trump ke Arab Saudi berucap mengenai Islam, radikalisme

 | May 17, 2017

Trump memulakan lawatan luar negara pertamanya selaku presiden ke Arab Saudi, sekutu penting AS di Timur Tengah.

trump_arab-saudi_600

PETALING JAYA: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan menyampaikan ucaptama mengenai visi Islam yang aman dan memerangi radikalisme dalam kunjungannya ke Arab Saudi Jumaat depan.

Arab Saudi akan menjadi negara pertama yang dikunjungi Trump sejak pelantikannya. Di acara ini nanti, Trump akan bertemu dan berucap kepada lebih 50 pemimpin dari negara-negara Islam, lapor AFP.

“Beliau akan bertemu dan menikmati makan tengahari bersama lebih 50 pemimpin negara Islam, di mana beliau akan menyampaikan ucapan yang akan memberi inspirasi dan berterus terang mengenai keperluan berdepan ideologi radikal dan wawasan Islam yang aman,” kata Penasihat Keselamatan Negara Lt. Jen. HR McMaster kepada pemberita di Rumah Putih hari ini.

Menurut McMaster, ucaptama ini bertujuan menyatukan dunia Islam melawan musuh peradaban dan penyataan komitmen AS kepada negara sekutu.

Ucapan kepada pemimpin negara Islam menyusuli serangan berani mati di serata Eropah, termasuk Turki, United Kingdom, Perancis dan Jerman.

Arab Saudi merupakan sekutu penting AS di Timur Tengah.

Menurut Independent, lawatan 1 minggu ini juga akan menyaksikan Trump mengambil bahagian dalam pelancaran pusat mempromosikan Islam “sederhana”, dan perbincangan penjualan senjata bernilai AS$1 bilion kepada kerajaan Saudi.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments