Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Indonesia jamin tiada masalah jerebu rentas sempadan tahun ini

 | May 18, 2017

Sejak awal tahun ini, Indonesia mengambil langkah mencegah dan mengurangkan pencemaran asap jerebu, termasuk memperkemaskan pasukan bomba serta mengaktifkan rondaan bersepadu di kawasan mudah mengalami kebakaran hutan.

Arief-Yuwono_jerebu_600

KUALA LUMPUR: Indonesia hari ini memberi jaminan kepada jirannya di rantau Asean yang masalah jerebu rentas sempadan tidak akan berlaku tahun ini.

Penasihat Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia, Arief Yuwono berkata, ramalan itu berdasarkan rekod tahun lepas berikutan kejayaan langkah ketat yang diambil negara berkenaan bagi mengekang kebakaran hutan dan mengawal pencemaran asap jerebu di republik itu.

“Pada 2017, kami membuat pemerhatian dan perbandingan dengan 2016.

“Berikutan El Nino yang lebih lemah serta sistem yang diaktifkan di lapangan, kami menjangka kami boleh mengulangi perkara itu (2016), yang menyaksikan hampir tiada langsung berulang kejadian jerebu,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknikal dan Jawatankuasa Pemandu Sub-rantau Peringkat Menteri mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan di sini.

Mesyuarat peringkat tinggi 2 hari itu dipengerusikan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Indonesia mula mengambil langkah serius bagi menangani masalah jerebu pada 2015 dan mencapai hasil positif apabila Singapura melaporkan hanya mengalami jerebu selama 1 hari dan Malaysia 3 hari.

Arief berkata, sejak awal tahun ini, kerajaan Indonesia mengambil langkah untuk mencegah dan mengurangkan pencemaran asap jerebu, termasuk memperkemaskan pasukan bombanya serta mengaktifkan rondaan bersepadu di kawasan mudah mengalami kebakaran hutan.

Menurut beliau, kerajaan Indonesia juga meminta syarikat swasta melibatkan diri secara proaktif bagi mencegah kebakaran hutan dan jerebu.

Terdahulu, pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat itu, Junaidi berkata, Arief memberi jaminan tentang isu berkenaan pada mesyuarat tersebut.

Katanya, Malaysia, Singapura, Brunei dan Thailand juga menegaskan tentang kesediaan mereka menghulurkan bantuan sekiranya diminta berbuat demikian dan akan bekerjasama dengan Indonesia dalam aspek respons kecemasan, sekiranya diperlukan.

Beliau berkata, 5 negara anggota Asean itu juga mengesahkan komitmen mereka untuk berusaha ke arah mewujudkan Asean Bebas Jerebu menjelang 2020.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments