Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Jokowi beri amaran perangi habis-habisan ucapan kebencian

 | May 18, 2017

Beliau berkata akan 'memukul' mereka yang cuba mengganggu keharmonian antara agama.

kempen-jokowiPETALING JAYA: Presiden Joko Widodo mengarahkan polis dan tentera Indonesia mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menyebarkan ucapan yang berbaur kebencian dan provokatif.

“Saya guna perkataan ‘pukul’. Jika saya cakap ‘tarik telinga,’ orang akan berfikir kerajaan tidak cukup berani,” kata Jokowi dipetik Jakarta Globe.

Amaran itu di sebalik kempen pilihan raya gabenor Jakarta baru-baru ini yang menyaksikan kempen memainkan sentimen agama.

Jokowi berkata rakyat berbilang agama dan etnik di Indonesia perlu mempertahankan kebebasan bersuara dan agama yang berlandaskan perlembagaan dan prinsip Pancasila.

Beliau juga meminta orang ramai menghentikan segala penghinaan terhadap sebarang kumpulan agama atau etnik dan berusaha untuk menyelesaikan perbezaan yang timbul secara aman.

“Jangan menghina satu sama lain, kerana kita adalah bersaudara,” katanya.

“Jangan melawan satu sama lain, kerana kita hanya membazir tenaga kita untuk perkara yang tidak bermanfaat.”


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments