Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Kemasukan hampir RM400 bilion pelaburan asing, Malaysia bukan negara gagal

 | May 18, 2017

Kejayaan itu indikator cemerlang negara bawah pimpinan Najib dan menolak tohmahan pembangkang yang tidak bersandarkan fakta

Datuk-Seri-Irmohizam-IbrahimKUALA LUMPUR: Kemasukan pelaburan asing bernilai RM366 bilion 7 bulan lepas membuktikan tohmahan pembangkang kononnya Malaysia sebuah negara gagal tidak benar, kata Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim.

Beliau berkata kejayaan itu satu indikator cemerlang kepada kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sekali gus menolak tohmahan pembangkang yang sentiasa bersikap provokatif menagih emosi rakyat yang tidak bersandarkan fakta.

“Pelaburan berjumlah RM366 bilion dalam tempoh 7 bulan dari November 2016 hingga Mei 2017 lalu menjelaskan kepada rakyat kesungguhan dan komitmen kerajaan yang diterajui Najib membuahkan hasil untuk kepentingan bersama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Irmohizam berkata pembangkang seharusnya mempunyai sikap bertanggungjawab menjaga nama baik negara serta membantu meningkatkan lagi pencapaian ekonomi, bukan dengan menuding jari mencari salah semata-mata.

Dalam lawatannya ke China selama 5 hari baru-baru ini, Najib menyaksikan majlis menandatangani 9 perjanjian persefahaman antara syarikat Malaysia dan rakan niaga dari China melibatkan pelaburan dalam bidang infrastruktur bernilai kira-kira RM30 bilion.

Selain menghadiri Forum Jalur dan Laluan untuk Kerjasama Ekonomi pada 14 dan 15 Mei, Najib turut membuat lawatan ringkas ke ibu pejabat Alibaba Group, syarikat e-dagang terbesar China yang diasaskan Jack Ma di Hangzhou dan mengadakan mesyuarat 2 hala secara berasingan dengan Presiden China Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Keqiang di Beijing.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments