Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Najib lawat Hadi di IJN

 | May 18, 2017

Perdana menteri luangkan masa 15 minit bertemu Hadi, keluarga serta doktor yang merawatnya

najib-hadi-ijnKUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini meluangkan masa melawat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang selamat menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada Selasa.

Perdana menteri yang meluangkan masa selama 15 minit turut bertemu dengan keluarga Hadi dan doktor yang merawat ahli Parlimen Marang itu.

“Alhamdulillah pembedahan berjalan dengan lancar, kini beliau sedang dalam proses pemulihan.

“Sama-sama kita doakan beliau segera sembuh dan dalam perlindungan Allah SWT sentiasa,” kata Najib di laman Twitter dan Facebook beliau.

IJN dalam kenyataan Isnin lepas berkata Hadi menjalani pembedahan penggantian injap jantung selepas didapati mengalami peningkatan simptom disebabkan injap jantung bocor yang menjejaskan aktiviti harian beliau.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments