Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

NGO kesal Universiti Taylor batal program kesedaran LGBT

 | May 18, 2017

Program anjuran sekumpulan pelajar Universiti Taylor itu bertujuan menghapuskan prasangka dan diskriminasi terhadap golongan LGBT.

lgbtPETALING JAYA: Sebuah NGO yang menganjurkan minggu kesedaran LGBT di Universiti Taylor kecewa dengan tindakan institusi pengajian tinggi swasta itu mengutamakan kepentingan perniagaan berbanding integriti dan kebebasan akademik.

NGO dikenali sebagai Kempen Pelangi itu kesal dengan keputusan pihak pengurusan Universiti Taylor membatalkan acara bagi meraikan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

“Program bertemakan ‘Keberanian dalam menghadapi kesukaran’ itu dianjurkan sekumpulan pelajar Universiti Taylor yang simpati dengan ketidakadilan sosial dihadapi komuniti LGBT.

“Mereka mengambil inisiatif murni itu dengan menganjurkan program ini bagi meningkatkan kesedaran dan pembabitan masyarakat sekeliling,” kata NGO itu sambil mengkritik universiti itu tidak berpendirian tegas terhadap autonomi pelajar dan kakitangannya.

Semalam, sebuah kempen kesedaran awam LGBT termasuk 1 perarakan yang dijadualkan berlangsung di Universiti Taylor mulai 6 hingga 8 Jun ini dibatalkan.

Kempen Pelangi ditubuhkan pada Ogos 2016 bertujuan menyokong hak LGBT di Malaysia melalui jangkauan dan membawa kesedaran kepada orang ramai serta menggerakkan akar umbi komuniti itu.

Pelangi berkata, program itu adalah peluang untuk pelajar universiti itu menjadi pemangkin perubahan.

“Program itu diadakan untuk memperingati ulang tahun tragedi keganasan Stonewall terhadap golongan LGBT pada Jun 1969.

“Salah satu matlamat acara ini ialah memerangi prasangka dan diskriminasi terhadap golongan LGBT.”

Pelangi turut menekankan cara “negara melakukan penindasan sistemik terhadap ruang dan wacana LGBT, termasuk melalui pengharaman Seksualiti Merdeka”.

“Penindasan demikian bertentangan Artikel 19 dan 20 Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia yang menjamin hak kebebasan berhimpun, bersuara dan meluahkan perasaan untuk semua orang.

“Ruang dan wacana LGBT yang semakin kecil diburukkan lagi oleh tindakan portal sensasi tertentu yang menghasut kebencian dan diskriminasi terhadap komuniti LGBT.”

Walaupun kenyataan itu tidak memberikan maklumat lanjut, namun “portal sensasi” itu dipercayai ialah blog pro-Islam yang membantah penganjuran program sedemikian pada bulan Ramadan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments