Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pemimpin FPI Indonesia dalam skandal perbualan seks WhatsApp

 | May 18, 2017

Paparan skrin perbualan pemimpin yang menganjurkan protes umat Islam di Jakarta itu tersebar di media sosial.

Firza-HuseinPETALING JAYA: Polis Indonesia menyoal siasat seorang wanita dalam siasatan terhadap perbualan lucah menerusi aplikasi Whatsapp membabitkan pemimpin kumpulan Front Pembela Islam (FPI).

Firza Husein dinamakan polis Jakarta sebagai suspek yang berkongsi kandungan lucah termasuk gambar bogelnya dalam perbualan WhatsApp dengan Rizieq Shihab, pemimpin FPI yang baru-baru ini giat menganjurkan perhimpunan menentang gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama.

Gambar dan paparan skrin perbualan mereka tersebar di media sosial baru-baru ini.

Akhbar Jakarta Globe melaporkan polis memperoleh bukti mencukupi terhadap Firza selepas soal siasat selama 12 jam pada Selasa.

Polis juga mengambil kenyataan daripada pihak lain termasuk rakan Firza yang dikenali sebagai Emma, yang namanya turut disebut dalam perbualan WhatsApp itu.

Firza boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 6 tahun kerana menyebarkan bahan lucah.

Rizieq, yang kini menunaikan Umrah, sudah 2 kali mengabaikan saman polis.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments