Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pinda akta wajibkan majikan sedia penginapan untuk pekerja asing

 | May 18, 2017

Menteri sumber manusia berkata, dalam Akta Kerja 1955 sememangnya terdapat klausa mengenai keperluan majikan menyediakan penginapan untuk pekerja asing, namun ia tidak diselaraskan dan tidak terperinci.

Richard-RiotNILAI: Pindaan Akta Kerja 1955 (Akta 265) yang antara lain bertujuan mewajibkan majikan menyediakan kemudahan penginapan selesa kepada pekerja asing dijangka dibentangkan di Parlimen Januari 2018.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, 1 kertas kerja terperinci mengenai isu penginapan pekerja asing sudah dibuat kementeriannya dan dibentangkan kepada sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Ia telah dipersetujui dan diluluskan jawatankuasa itu. Walaupun diluluskan, ia hanya boleh dikuat kuasa setelah diluluskan Parlimen. Kita harap akta yang sedang kita buat ini akan dapat dibentang dan diluluskan pada Januari 2018.

“Setelah diluluskan, adalah wajib untuk majikan menyediakan penginapan kepada pekerja asing dan saya percaya majikan akan berpusu-pusu mencari tempat tinggal yang diuruskan syarikat diluluskan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian selepas melawat Penginapan Berpusat Pekerja Asing di Mantin yang diuruskan syarikat MYR Relocation Management Sdn Bhd yang turut dihadiri Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Adnan Ab Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MYR Relocation Management Sdn Bhd, M Kamalan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dalam akta itu sememangnya terdapat klausa mengenai keperluan majikan menyediakan penginapan untuk pekerja asing, namun ia tidak diselaraskan serta tidak terperinci.

“Dalam kertas kerja itu, kita menerangkan sekurang-kurangnya luas sebuah bilik mestilah berkeluasan 4.5m persegi yang boleh memuatkan 4 hingga 6 pekerja,” katanya.

Dalam pada itu, Riot berkata, pusat penginapan berkenaan hanya akan dibina di kawasan yang jauh sedikit dari taman perumahan awam.

“Sebanyak 11 syarikat yang telah diluluskan KDN dan kementerian yang akan menguruskan pembinaan penginapan berpusat ini,” katanya.

Terdahulu, Riot meluangkan masa selama setengah jam untuk meninjau sendiri penginapan berpusat itu yang bercirikan pangsapuri dilengkapi empat bilik dan ruang makan serta kemudahan lain seperti kawasan riadah.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments