Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Polis siasat isu tampar David Teo selepas terima 2 laporan

 | May 18, 2017

ACP Rosly Hassan berkata, 2 laporan diterima setakat ini dengan 1 daripadanya dibuat polis sendiri di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya kerana tiada laporan polis dibuat sehingga tengah hari tadi.

Rosly-Hassan-gaduhPUTRAJAYA: Polis membuka kertas siasatan berhubung insiden kekecohan semasa sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Perdana Menteri bersama penggiat seni di Seri Perdana, semalam.

Ketua Polis Daedah Putrajaya, ACP Rosly Hassan berkata, setakat ini, 2 laporan polis berhubung kejadian itu diterima dengan 1 daripadanya dibuat orang awam di Balai Polis Pudu, Kuala Lumpur dan 1 lagi laporan dibuat pihak polis sendiri di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

“Pihak polis sendiri membuat laporan polis kerana tiada pihak yang tampil membuat laporan sehingga tengah hari tadi, memandangkan video kejadian itu telah tular di media sosial.

“Pada 1 tengah hari, barulah ada 1 laporan polis dibuat oleh orang awam yang tidak berpuas hati dengan kejadian itu di Pudu,” katanya pada sidang media hari ini.

Rosly berkata, pihaknya akan menghantar laporan kepada timbalan pendakwa raya esok bagi mendapatkan arahan untuk menyiasat, sebelum memanggil individu terbabit dan saksi kejadian untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

Rosly berkata, siasatan tetap dibuat walaupun 2 individu terbabit dalam kekecohan itu sudah berdamai dan tidak membuat laporan polis.

Kekecohan kecil berlaku pada sesi Dialog TN50 Perdana Menteri bersama kira-kira 300 penggiat seni di Seri Perdana melibatkan pelawak, Sulaiman Yassin atau lebih dikenali sebagai Mat Over dan penerbit filem, Datuk David Teo.

Kedua-dua penggiat seni itu kemudiannya berdamai di depan Datuk Seri Najib Razak.

Rosly dalam pada itu meminta pengguna media sosial berhenti memberikan sebarang komen atau membuat spekulasi berhubung insiden tersebut dan memberi peluang kepada polis untuk membuat siasatan secara telus.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 1 tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mat Over tak kesal tampar kerana mahu ajar Teo hormat PM


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments