Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

SKMM terima hampir 8,000 aduan telekomunikasi, kandungan internet tahun ini

 | May 18, 2017

Selangor mencatatkan aduan tertinggi iaitu 1,534, Pahang (1,036) dan Johor (730) terhadap masalah telekomunikasi dan kandungan Facebook, Twitter, Instagram

Zulkarnain-Mohd-Yasin-mcmcKOTA KINABALU: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima 7,837 aduan berkaitan telekomunikasi dan isu kandungan media baharu pada suku pertama tahun ini.

Ketua Pegawai Sektor Keselamatan Rangkaian dan Penguatkuasaan SKMM Zulkarnain Mohd Yasin berkata 70% aduan itu berkaitan masalah telekomunikasi dan selebihnya berkaitan isu kandungan Facebook, Twitter dan Instagram yang sering dihadapi pengguna.

“Selangor mencatatkan aduan tertinggi iaitu sebanyak 1,534 aduan, diikuti Pahang (1,036 aduan) dan Johor sebanyak 730 aduan, manakala Sabah antara 6 negeri mencatatkan jumlah aduan terendah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media pada Seminar Memperkasakan Hak-Hak Pengguna yang dihadiri 250 peserta terdiri daripada wakil pelajar universiti tempatan, persatuan pengguna dan agensi kerajaan serta bukan kerajaan hari ini.

Seminar itu bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat berkaitan isu kepenggunaan yang sering dihadapi dalam industri komunikasi dan multimedia di negara ini.

“Program seumpama ini juga untuk mendedahkan pengguna terhadap isu kritikal alam maya seperti ‘ransomware’, ‘hacking’, penipuan dalam talian dan pelbagai isu sosial yang sering kali melibatkan media baharu,” katanya.

Sementara itu, Zulkarnain menasihati orang ramai merujuk pihak berkaitan sekiranya menerima sebarang pesanan mengenai serangan siber di negara ini sama ada melalui WhatsApp, Facebook atau media sosial yang lain.

“Jangan sebarkan sebarang maklumat yang belum tentu kesahihannya. Untuk memastikan sama ada ia sahih atau palsu, kita perlu merujuk kepada Majlis Keselamatan Negara atau Bank Negara Malaysia sekiranya maklumat disebarkan itu mengenai perbankan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pesanan palsu yang tersebar luas dalam media sosial baru-baru ini yang mendakwa kononnya mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di seluruh negara ditutup selama 2 hingga 3 hari berikutan serangan siber “ransomware”.

Bagi menangkis berita palsu yang disebar luas ini, katanya, SKMM mengambil beberapa inisiatif termasuk mewujudkan portal sebenarnya.my.

“Kita akan memuat naik perkara berkaitan berita palsu berkenaan untuk memberitahu masyarakat berita berkenaan tidak sahih,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments