Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Zaid: Adakah pukul kanak-kanak sebahagian pendidikan Islam?

 | May 18, 2017

Bekas menteri yang kini ahli DAP itu mahu Pakatan Harapan menggariskan penyelesaian memperbaiki sekolah tahfiz.

zaid-ibrahim_sekolah-tahfiz_600_pukul

PETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim menyuarakan kebimbangannya terhadap layanan yang diberikan kepada pelajar sekolah tahfiz di negara ini, dengan mempersoalkan sama ada ia merupakan sebahagian daripada pendidikan Islam.

Dalam laman Twitter miliknya, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu bertanya: “Adakah memukul kanak-kanak kini menjadi sebahagian daripada pendidikan Islam?”

Beliau turut menuntut kumpulan Melayu seperti Perkasa yang banyak menyuarakan isu lain tetapi kelihatan tidak mempunyai pendirian terhadap isu ini.

“Perkasa dan kumpulan hak Melayu lain harus menentang warden yang memukul pelajar tahfiz.”

Beliau turut berharap Pakatan Harapan (PH) akan menangani isu ini, dengan menggariskan bagaimana mereka boleh memperbaiki pentadbiran sekolah tahfiz.

Semalam, Harian Metro melaporkan pelajar lelaki berusia 13 tahun dipukul dengan rotan selepas tidak mengaku salah ketika disoal mengenai perkara peribadi oleh warden. Beliau juga ditumbuk.

Remaja itu mengalami kecederaan di tulang rusuk dan bahagian lengan. Bapa mangsa kemudian membuat laporan polis, mendakwa ia bukan kali pertama anaknya dihukum oleh orang yang sama.

Mangsa juga dirotan kerana lewat hadir ke kelas.

Beliau mendakwa warden cuba meminta maaf dan mahu menanggung kos rawatan anaknya, tetapi beliau tidak dapat menerima perbuatan itu.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.

Kejadian ini menyusuli tragedi yang menimpa Mohamed Thaqif Amin Mohd Gaddaffi, 11, pelajar tahfiz dari Johor yang meninggal dunia akhir bulan lalu selepas dakwaan dipukul dengan hos getah oleh pembantu warden.

Saksi kes pelajar tahfiz ditumbuk rusuk beri cerita berlainan


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments