Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

5 pegawai Zakat Pulau Pinang dibebaskan

 | May 19, 2017

Dua pegawai kanan ZPP dibebaskan dengan jaminan masing-masing RM20,000 berserta seorang penjamin, manakala 3 pegawainya masing-masing dijamin RM10,000 bersama seorang penjamin.

MACC-zakatGEORGE TOWN: Lima pegawai Zakat Pulau Pinang (ZPP) termasuk 2 pegawai kanan yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan zakat negeri dibebaskan Mahkamah Majistret selepas tempoh reman ke atas mereka tamat hari ini.

Majistret Muna Maria Azmi membenarkan semua pegawai itu dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Semua pegawai berkenaan tiba di perkarangan Mahkamah Majistret pada jam 11 pagi dan perintah dikeluarkan majistret kira-kira 11.30 pagi tadi.

Dua pegawai kanan ZPP yang direman bermula 9 Mei lalu dibebaskan dengan jaminan masing-masing sebanyak RM20,000 berserta seorang penjamin, manakala 3 pegawainya yang ditahan pada 12 Mei masing-masing dijamin RM10,000 bersama seorang penjamin.

Bermula 9 Mei lepas, seramai 15 individu termasuk 7 pegawai kanan ZPP dan kontraktor ditahan SPRM negeri itu bagi membantu siasatan kes penyelewengan wang zakat untuk projek pembangunan masyarakat ZPP sejak 3 tahun lalu.

 

4 pegawai Zakat Pulau Pinang, 7 kontraktor direman 7 hari

3 lagi pegawai Zakat Pulau Pinang direman 6 hari


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments