Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Anwar: Masih ada ruang bincang hubungan PAS-PKR

 | May 19, 2017

Bekas ketua pembangkang itu berkata, PKR perlu menunggu menteri besar Selangor kembali daripada kunjungan luar negara untuk membincangkan keputusan PAS menamatkan kerjasama dengan PKR.

Anwar-IbrahimKUALA LUMPUR: Bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengharapkan hasil positif berkata, masih ada ruang untuk membincangkan kedudukan PAS dalam kerajaan Selangor, walaupun parti Islam itu sudah menamatkan hubungan kerjasama dengan PKR.

“Saya harap kita masih boleh membincangkannya. Kita perlu tunggu Azmin pulang,” katanya merujuk Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dalam rangka lawatan rasmi di luar negara.

“Kami ada perjanjian (dengan PAS) untuk membincangkan perkara ini dengan lebih terperinci,: katanya kepada wartawan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

Anwar diminta mengulas status 3 wakil rakyat PAS yang merupakan exco kerajaan negeri, walaupun Majlis Syura Ulama PAS membuat ketetapan memutuskan “tahaluf siyasi” dengan PKR, pada 11 Mei lalu seperti yang diluluskan perwakilan pada Muktamar PAS ke-63, 30 April lalu di Kedah.

Mereka menyenaraikan 3 pelanggaran dilakukan parti reformasi itu iaitu menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa PAS seperti rang undang-undang persendirian meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, bekerjasama dengan pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Kelantan dan menentang PAS dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Selasa lalu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan berkata, parti itu cuba sedaya upaya melindungi hubungan itu dan nasib 3 exco PAS akan ditentukan selepas perbincangan bersama dengan Azmin.

Tiga exco PAS itu Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.

Berbanding pendirian PAS untuk 3 exconya kekal dalam pentadbiran Selangor, PKR sebaliknya mengarahkan semua lantikan politiknya di kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS untuk meletak jawatan serta-merta.

Anwar hadir di Mahkamah Tinggi petang tadi untuk saman fitnah RM100 juta terhadap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Beliau memfailkan saman itu susulan kenyataan “main belakang” Khairy dalam sebuah ceramah politik di Lembah Pantai pada 19 Februari 2008. Anwar mendakwa frasa itu bermaksud beliau seorang homoseksual.

Antara mereka hadir untuk menyokong Anwar adalah Dr Wan Azizah, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.

Bagaimanapun, kes itu ditangguhkan ke 2 Jun nanti.

 

PKR arahkan ahlinya keluar pentadbiran PAS di Kelantan

Hubungan PAS-PKR tamat serta merta, kata Majlis Syura


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments