Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Dr Mahathir: Insiden tampar depan Najib memalukan

 | May 19, 2017

Beliau berkata ia sesuatu yang tidak pernah berlaku di hadapan mana-mana perdana menteri sebelum ini.

mahathirPETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata insiden tampar 2 hari lalu ketika program dialog Transformasi Nasional (TN50) yang dihadiri Datuk Seri Najib Razak adalah sesuatu yang memalukan kerana tidak berlaku sebelum ini.

“Tak pernah berlaku kepada saya atau perdana menteri lain sebelum saya. Ini berlaku hanya di zaman Najib kerana semua orang benci pemerintahannya,” kata bekas perdana menteri itu ketika menjawab pelbagai soalan secara langsung daripada pengguna Facebook.

Dalam insiden di Seri Perdana, Putrajaya itu, sesi dialog TN50 dihadiri penggiat seni terganggu seketika apabila pengarah filem Datuk David Teo tampil mempersoalkan moderator Datuk Rosyam Nor kerana tidak memberi peluang kepada mereka yang berada di barisan belakang.

Keadaan menjadi kecoh apabila pelakon Sulaiman Yassin, atau Mat Over, tiba-tiba meluru ke pentas dan menampar Teo, sambil disaksikan Najib.

Dr Mahathir turut kesal kerana sebaik sahaja insiden itu berlaku, tidak ada usaha serta merta meleraikan mereka.

“”Saya tak tau siapa Mat Over ini. Sepatutnya selepas dia lempang sekali, dipisahkan mereka.

“Ini memalukan di seluruh dunia. Perkara ini berlaku di depan perdana menteri,” katanya dalam sesi bertajuk “Hangpa tanya, #ChedetJawab”, yang menyaksikan pengerusi PPBM itu menjawab lebih daripada 5 soalan pilihan oleh pengguna Facebook.

Sebelum ini, peguam PKR N Surendran mempersoalkan Najib kerana tidak menegur secara terbuka Mat Over yang melakukan jenayah yang boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan.

“Amat mengejutkan dan tidak boleh diterima yang perdana menteri Malaysia, selepas menjadi saksi dari jarak dekat jenayah berbentuk kekerasan ini, langsung tidak mengutuk atau menegur,” kata Surendran.

Walaupun kedua-dua mereka kembali ke pentas di akhir sesi TN50 dan bermaafan, Mat Over berkata beliau tidak menyesali perbuatannya, malah berkata ia perlu supaya mengajar Teo yang menurutnya biadap terhadap Najib.

Semalam, beberapa kumpulan pro-Umno menuntut Teo memohon maaf kerana berlaku biadap terhadap Najib.

Dalam respon kepada FMT, Teo melahirkan rasa terkilan.

“Dunia yang pelik. Seseorang tampar saya, tetapi saya perlu minta maaf kepada dia dan orang ramai?” soalnya.

Semalam, Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) memohon maaf bagi pihak ahlinya kepada Teo.

Presiden PTVM, Datuk Jurey Latiff Rosli berkata kejadian itu amat memalukan dan mencalar imej penggiat seni apabila ia berlaku di depan pemimpin sehingga tular dan ditafsirkan dengan pelbagai komen.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments