Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Gabenor: Aktiviti haram punca 238 akaun bank ditutup

 | May 19, 2017

Muhammad Ibrahim menjelaskan akaun yang sangat meragukan akan ditutup dan wang dikembalikan kepada pemilik akaun manakala dana hanya akan disita atau dibekukan sekiranya diarahkan mahkamah.

Muhammad-Ibrahim_bnm_new_600Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil langkah agresif untuk memerangi skim kewangan haram sebagai sebahagian daripada dasar tidak bertoleransi bank pusat itu terhadap pengendali dan pelabur yang sengaja mengambil bahagian dalam aktiviti kewangan haram.

Gabenornya, Datuk Seri Muhammad Ibrahim berkata, setakat 2 Mei lalu, institusi kewangan sudah menutup 238 akaun mencurigakan.

“Daripada jumlah itu, 108 akaun disenaraikan di bawah amaran pelanggan kewangan Bank Negara berikutan aduan orang ramai,” katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama Malaysia, hari ini.

Di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, individu atau perniagaan yang terlibat dalam aktiviti kewangan haram boleh didenda sehingga RM50 juta dan dipenjarakan 10 tahun.

Akta itu menyediakan peraturan dan pengawalseliaan institusi kewangan, sistem pembayaran dan entiti relevan lain dan pengawasan pasaran wang serta pasaran pertukaran asing bagi menggalakkan kestabilan kewangan dan bagi perkara berkaitan, berbangkit atau bersampingan.

“Apa-apa juga pelaburan yang menawarkan pulangan lebih daripada 20% adalah tidak realistik,” katanya sambil menambah amanah saham adalah pengurus portfolio terbaik kerana ia menawarkan pulangan kira-kira 6 hingga 7%.

Beliau menjelaskan akaun yang sangat meragukan akan ditutup dan wang dikembalikan kepada pemilik akaun manakala dana hanya akan disita atau dibekukan sekiranya diarahkan mahkamah.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments