Guru dalam kes pukul pusat tahfiz Shah Alam dibebaskan
Polis menunggu tindakan lanjut daripada timbalan pendakwaraya.
SHAH ALAM: Polis semalam membebaskan seorang warden sekolah tahfiz di sini yang didakwa memukul pelajar Tingkatan 1 hingga cedera di rusuk dan lengan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam Shafien Mamat berkata, warden yang juga merupakan guru tahfiz di sekolah itu yang ditangkap pada Rabu, dibebaskan dengan jaminan.
Polis berkata kertas siasatan ini akan dihantar ke pejabat timbalan pendakwaraya Isnin ini.
Pelajar tersebut pada masa ini berhenti daripada pusat tahfiz itu.
Dia mengalami kecederaan pada tulang rusuk dan lengan selepas didakwa dipukul warden minggu lalu. Menurut laporan, warden terbabit didakwa bertanyakan pelbagai soalan peribadi, namun mangsa menafikan tuduhan terhadapnya.
Mangsa mendakwa dirotan selain ditumbuk pada tulang rusuk hingga bengkak.
Shafien berkata, pihaknya sudah selesai menyiasat kes berkenaan di mana 7 orang saksi termasuk warden dipanggil.
Katanya, polis juga mengklasifikasikan semula kesalahan berkenaan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram