Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Hina mufti Perlis, lelaki didenda RM2,500

 | May 19, 2017

Tertuduh menggunakan nama ‘Mohd Shukor RK” memuat naik komen jelek terhadap Asri melalui akaun Facebook dengan niat menyakitkan hati orang

Mohd-Asri-Zainul-Abidin_law_600

KANGAR: Seorang operator pengeluaran kilang di Jejawi yang mengaku bersalah atas dakwaan menghina Mufti Perlis Datuk Mohd Zainul Abidin, didenda RM2,500 oleh Mahkamah Sesyen Kangar hari ini.

Mohd Shukor Ishak, 30, yang tinggal di Kampung Hutan Temin, Mata Air, Arau membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Amril Johari.

Tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Hajar Ahmad manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari.

Siti Hajar merayu bagi pihak anak guamnya agar mahkamah mengenakan hukuman ringan selepas dia mengakui kesilapan dan insaf dengan perbuatannya.

Hakim Azhar Abu Hassan kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,500 atau penjara 3 bulan jika tertuduh gagal menjelaskan denda.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh menggunakan nama ‘Mohd Shukor RK” memuat naik komen jelek terhadap Asri yang lebih dikenali sebagai Dr Maza secara sedar melalui akaun Facebook beliau pada pukul 6.30 petang, 30 April lepas dengan niat untuk menyakitkan hati orang.

Dia dituduh mengikut seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan dihukum mengikut seksyen 233 (3) akta sama yang memperuntukkan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 1 tahun atau kedua-duanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments