Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Jepun lulus rang undang-undang benar maharaja turun takhta

 | May 19, 2017

Langkah Maharaja Jepun melepaskan takhta adalah yang pertama kali berlaku dalam tempoh 200 tahun.

akihito-mTOKYO: Kabinet Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe pada Jumaat meluluskan rang undang-undang membenarkan Maharaja Akihito turun takhta dan menyerahkan tugas baginda kepada Putera Mahkota Naruhito, lapor agensi berita China Xinhua.

Langkah melepaskan takhta itu adalah yang pertama kali berlaku dalam tempoh 200 tahun.

Kerajaan Jepun sebelum ini mempertimbangkan Disember 2018 sebagai tarikh Maharaja Akihito turun takhta kerana ketika itu, baginda akan mencecah usia 85 tahun.

Menurut sumber, Maharaja Akihito mungkin kekal menerajui takhta dan perubahan dijangka berlaku pada awal 2019.

Rang undang-undang berkenaan dibuat kerana sebelum ini maharaja pernah menyuarakan hasrat baginda mahu melepaskan takhta dalam beberapa tahun lagi.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments