Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Kubur Thaqif digali semula

 | May 19, 2017

Proses itu disaksikan beberapa ahli keluarga, polis dan wakil mahkamah.

thaqifPETALING JAYA: Kubur pelajar tahfiz yang meninggal dunia bulan lalu, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, digali semula semalam disaksikan ahli keluarga, polis dan perwakilan mahkamah, lapor Berita Harian.

Ia bagi membolehkan sampel kaki Thaqif diambil untuk tujuan siasatan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Ashmon Bajah memberitahu akhbar itu, proses gali semula di Tanah Perkuburan Islam Felda di Bukit Aping dilakukan mengikut Seksyen 335, Kanun Acara Jenayah bagi tujuan siasatan lanjut kes Thaqif, yang mengejutkan rakyat Malaysia selepas kedua-dua kakinya terpaksa dipotong, sebelum meninggal dunia.

Thaqif, 11, merupakan pelajar Madrasah Tahfiz Al-Jauhar (MTAJ) di Kota Tinggi.

Dia meninggal dunia pada 27 April di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru kerana mengalami pembekuan darah, beberapa hari selepas doktor terpaksa menjalankan pembedahan memotong kakinya kerana jangkitan bakteria.

Sebelum itu, ibu Thaqif membuat laporan polis mendakwa anaknya dirotan di tapak kaki dengan paip getah sehingga menyebabkan kecederaan.

Susulan itu, polis menahan seorang pembantu warden asrama untuk siasatan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2010, sebelum siasatan diubah kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan membunuh.

Bagaimanapun, pembantu warden berusia 29 tahun itu dibebaskan pada 3 Mei dengan jaminan bon.

Semalam, FMT melaporkan Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (PINTA) mempersoalkan kelewatan pihak berkuasa mengumumkan laporan perubatan Thaqif.

“Yang menjadi musykil, apa sebenarnya punca Thaqif meninggal, tidak ada laporan daripada pihak perubatan. Kami tidak mendapat maklum sehingga hari ini,” kata Presiden PINTA, Mohd Zahid Mahmood.

Mana laporan kematian Thaqif, soal gabungan sekolah tahfiz


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments