Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Lelaki mati terjatuh bangunan ketika serbuan polis

 | May 19, 2017

Polis menyerbu masuk rumahnya di sebuah pangsapuri dalam siasatan berkaitan kes samun dan rogol di Puchong minggu lalu.

Rape-PuchongPETALING JAYA: Seorang lelaki berusia 22 tahun mati selepas terjatuh bangunan, ketika cuba mengelak tangkapan pasukan polis yang menyerbu unit pangsapurinya di Taman Setapak Jaya, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Serdang, Megat Mohamad Aminuddin Megat Alia berkata kejadian berlaku pada kira-kira 10 malam tadi, dan berkait dengan siasatan polis dalam kes rogol dan samun di sebuah premis cybercafe di Bandar Kinrara, Puchong, 11 Mei lalu.

Video kejadian rogol itu tular di media sosial dan mengundang kemarahan ramai pihak, termasuk daripada Ahli Parlimen Segambut, Lim Lim Eng, yang mahu ketua polis Serdang meletak jawatan kerana masih gagal membanteras pusat perjudian haram di daerah Serdang.

Menceritakan insiden semalam, Megat Aminuddin berkata polis mengetuk pintu pangsapuri beberapa kali sambil memperkenalkan diri tetapi penghuni enggan membuka pintu, memaksa polis memecahkan mangga.

“Polis kemudian mendapati seorang lelaki India sedang bergayut di grill bahagian luar dapur untuk turun ke unit bawah tujuan melarikan diri. Pasukan serbuan telah memujuk lelaki India tersebut untuk masuk ke dalam dan menyerah diri tetapi lelaki India tersebut enggan berbuat demikian.”

Menurutnya, lelaki itu tiba-tiba terjatuh ke bawah. Lelaki yang masih bernyawa itu kemudian dibawa ke hospital dalam masa 30 minit tetapi meninggal dunia di hospital.

Megat Aminuddin berkata kes tersebut diklasifasikan sebagai “kematian mengejut”.

 

Seorang suspek kes samun, rogol di Puchong ditahan


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments