Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

MBPP tetap keluarkan saman selepas keputusan mahkamah

 | May 19, 2017

MBPP menafikan dakwaan ia tidak berhak mengeluarkan saman selepas kalah di mahkamah.

summon-mpppGEORGE TOWN: Keputusan kes saman tempat letak kereta Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di Mahkamah Khas Trafik semalam tidak mempengaruhi kes kesalahan tempat letak kereta lain yang dikeluarkan oleh majlis itu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam Jabatan Khidmat Pengurusan MBPP, semua pemberitahuan tentang kesalahan (kompaun) yang dikeluarkan di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Tempat Letak Kereta) 2014 adalah masih berkuat kuasa.

“Tindakan penguatkuasaan dan pendakwaan akan terus diambil sekiranya pengguna tempat letak kereta gagal menjelaskan kompaun yang dikeluarkan ke atas mereka.”.

Ia susulan penularan di media sosial yang MBPP tidak mempunyai hak untuk mengeluarkan saman.

Mahkamah Khas Trafik semalam memutuskan MBPP gagal membuktikan kes prima facie dalam satu kes saman, atas alasan isu teknikal. Disebabkan itu, Orang Kena Saman dilepas dan dibebaskan tanpa perlu dipanggil untuk membela diri.

Susulan itu, MBPP menafikan penularan kes berkenaan di media sosial dan menyifatkan ia sebagai tidak benar sama sekali.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments