Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pelanggan tikam lelaki Thailand tawar seks luar tabii

 | May 19, 2017

Mangsa dari Phuket itu bercuti di Malaysia sejak 15 Mei lepas dan mengenali seorang lelaki bernama Tommy menerusi laman sosial Wechat kira-kira 2 jam sebelum menemui suspek.

tikam-polisGEORGE TOWN: Seorang pelancong lelaki Thailand cedera di beberapa bahagian badan selepas ditikam pelanggannya yang tidak berpuas hati dengan bayaran dikenakan bagi perkhidmatan seks luar tabii di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar berkata, lelaki berusia 28 tahun berasal dari Phuket itu bercuti di negeri ini sejak 15 Mei lepas dan mengenali seorang lelaki bernama Tommy menerusi laman sosial Wechat kira-kira 2 jam sebelum menemui lelaki terbabit.

“Dalam kejadian pukul 11.30 malam itu, suspek dikatakan ke bilik hotel pelancong berkenaan untuk urusan perkhidmatannya. Mangsa bersetuju melayan suspek hanya selepas mendapat bayaran ditetapkan,” katanya hari ini.

Beliau berkata, ketika urus niaga itu dibuat, suspek mengeluarkan pisau daripada poketnya dan menikam mangsa serta berlaku pergelutan antara mereka, sebelum lelaki terbabit melarikan diri.

Mangsa yang luka di perut, belakang badan, tangan, leher dan muka itu mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Anuar berkata, polis mendapatkan rakaman CCTV di hotel itu dan siasatan lanjut masih dijalankan, termasuk mengesan suspek berusia 30-an yang sudah dikenal pasti.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, polis menahan sepasang kekasih berusia 28 dan 30 tahun dipercayai terlibat dalam kes samun di sekitar daerah tersebut di Taman Selamat, Machang Bubok, kira-kira 2 petang semalam.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan, pasangan itu terlibat sekurang-kuranganya dalam 15 kes samun sejak awal tahun ini, termasuk samun seorang wanita di Machang Bubok pada Rabu dan suspek lelaki mempunyai rekod jenayah dan dadah.

“Polis turut merampas sebuah motosikal yang digunakan mereka untuk kegiatan samun dan beberapa barang lain, termasuk telefon bimbit serta wang tunai dipercayai hasil samun,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments