Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pemaju beri jaminan patuhi syarat bina Lebuhraya DASH

 | May 19, 2017

Syarikat pemaju projek DASH, Prolintas menjelaskan 3 tiang rasuk laluan bertingkat itu tidak akan dipasang dalam kawasan perumahan Villa Suria, sebaliknya ia akan dilakukan atas tanah kerajaan.

prolintas_DASH_600

PETALING JAYA: Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) hari ini memberi jaminan kepada penduduk Villa Suria di Seksyen U9, Shah Alam, semua kerja pembinaan untuk projek Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH) akan mematuhi syarat ditetapkan pihak berkuasa terbabit.

Prolintas dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan 3 tiang rasuk laluan bertingkat itu tidak akan dipasang dalam kawasan perumahan berpagar Villa Suria, sebaliknya ia akan dilakukan atas tanah kerajaan.

Katanya, dinding pembinaan sementara setinggi 12 kaki akan dipasang sejajar keperluan pembinaan dan langkah keselamatan.

“Ia akan diruntuhkan selepas kerja pembinaan selesai dan sebuah tembok penampan baru yang berfungsi sebagai penghalang bunyi akan dibina bagi menggantikan struktur itu. Tambahan, kami sedang mempertimbangkan cadangan meningkatkan langkah keselamatan di kawasan pembinaan itu.”

Pada 8 Mei lalu, FMT melaporkan kebimbangan penduduk Villa Suria yang mendakwa lebuh raya bertingkat itu menceroboh kawasan perumahan itu.

Seorang penduduknya, Ganasan Arumugam bimbang keselamatan penduduk Villa Suria kian terancam apabila pemasangan tiang rasuk laluan bertingkat itu di kawasan perumahan mereka, iaitu kira-kira 20m dari kediaman penduduk.

“Sekarang pun boleh rasa gegaran kuat di rumah bila jentera berat buat kerja di seberang jalan rumah. Isteri dan anak-anak yang duduk di rumah pun boleh rasa gegaran sampai almari bergoyang dan gelas bergegar,” kata seorang lagi penduduk, Marzuki Affendi Mahidin, 41, kepada FMT.

Mengulas lanjut, Prolintas berkata, kerja pembinaan belum dimulakan di kawasan Villa Suria, tetapi 1 kajian dijalankan bagi mengenal pasti rumah yang berpotensi mengalami kesan lebih besar daripada kerja pembinaan itu.

“Kami turut mendapat kelulusan Majlis Bandaraya Shah Alam dan Lembaga Lebuhraya Malaysia untuk menjalankan ujian tanah ke atas tanah kerajaan bagi projek itu,” katanya sambil menambah pemantauan berterusan akan dilakukan sejajar Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) dan syarat ditetapkan Jabatan Alam Sekitar.

Syarikat pemaju projek itu berkata, projek naik taraf persimpangan Puncak Perdana pula bertujuan melancarkan aliran trafik di Persiaran Mokhtar Dahari mengikut arahan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Ia merupakan sebahagian daripada integrasi Lebuhraya DASH dan Persiaran Mokhtar Dahari. Setelah selesai, persimpangan yang dinaik taraf itu akan diserahkan kepada JKR.

“Pusingan U di persimpangan Puncak Perdana ialah reka bentuk terbaik diminta dan diluluskan JKR. Ia berdasarkan keperluan dan spesifikasi ditetapkan JKR sejajar Audit Keselamatan Jalan Raya berkaitan dan diluluskan untuk pembinaan.

Prolintas berkata, penduduk boleh membuat aduan atau pertanyaan melalui saluran komunikasi #contactlahkami yang terdiri daripada hotline 1-300-88-5522, Facebook Prolintas Highways, Twitter @myDASHofficial, [email protected], www.mydash.com.my dan kiosk bergerak perkhidmatan pelanggannya.

Penduduk juga boleh melihat jadual pembinaan bulanan menerusi aplikasi telefon bimbit Prolintas yang boleh dimuat turun dari App Store dan Google Play atau mendapatkan maklumat terkini melalui Twitter DASH.

Lebuhraya DASH oleh kerajaan persekutuan menelan belanja hampir RM10 bilion dan mendapat kelulusan tanah daripada kerajaan Selangor sebelum memulakan kerja pembinaan pada Ogos 2016.

Beberapa pihak daripada parti politik dan badan bukan kerajaan pernah menyuarakan bantahan terhadap kerajaan negeri berhubung rancangan pembinaan DASH dan juga Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE), atas alasan menjejaskan kawasan perumahan penduduk.

DASH sepanjang 20km bermula dari Puncak Perdana di Shah Alam, menghubungkan Alam Suria, Denai Alam, Kampung Melayu Subang, Sungai Buloh, Kota Damansara, Damansara Perdana dan Mutiara Damansara, sebelum tamat di Lebuhraya dan menyusur ke Lebuhraya Damansara–Puchong dan Lebuhraya Sprint.

Kerajaan berkata, projek itu menjadi pelengkap kepada 4 lebuh raya sedia ada, iaitu Lebuhraya Damansara–Puchong (LDP), Penchala, Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE).

Gegar sampai almari bergoyang, penduduk bimbang pembinaan DASH


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments