Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pengerusi Kuil: Hanya upacara agama, tiada protes Zakir Naik

 | May 19, 2017

Pengerusi Kuil Sri Saiva Muniswarar berkata, mereka akan mengadakan upacara berdoa, ‘vellaku kuttam’, sesi minum teh dan ahli jawatankuasa kuil membuat laporan di Balai Polis Butterworth.

Zakir-NaikBUTTERWORTH: Sebuah kuil Hindu yang menjadi perhatian polis kerana satu acara yang dirancang pada Ahad ini terhadap pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik memberi jaminan hanya upacara doa untuk keamanan diadakan, bukannya perhimpunan atau bantahan.

Pengerusi Kuil Sri Saiva Muniswarar, U Thavakumar berkata, acara itu diadakan untuk menyeru penganut Hindu mengesahkan ikrar mereka untuk keamanan negara.

Katanya, acara itu sama sekali tiada kaitan dengan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) seperti didakwa sesetengah pihak.

Beliau berkata demikian merujuk laporan polis dibuat 3 kumpulan berkepentingan Melayu-Islam yang diwakili Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) hujung minggu lalu.

Semalam, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Azmi Adam berkata, sebarang perhimpunan yang dianjurkan tanpa permit menyalahi undang-undang dan mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan kerana melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.

Beliau berkata, polis menolak permohonan kumpulan itu mengadakan perhimpunan dengan alasan ia berpotensi mencetuskan huru-hara dan ketegangan agama.

Kain rentang mempromosikan “bantahan” itu dipasang kira-kira seminggu lalu dan sudah diturunkan dari tempat awam, mengajak orang ramai menentang Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin yang dilihat menghina agama Hindu dalam beberapa video tersebar luas.

Thavakumar berkata, polis silap dalam mengatakan ia perhimpunan Hindraf kerana ia hanya “vellaku kuttam” (taklimat) dengan doa untuk penganut Hindu yang dianjurkan jawatankuasa kuil itu.

Beliau berkata, sesi minum teh menyusul upacara itu, sebelum ahli jawatankuasa kuil itu membuat laporan di Balai Polis Butterworth.

Kuil itu terletak berhampiran kuarters kerajaan di Jalan Bagan Luar, di belakang Balai Polis Butterworth.

“Minggu lepas, kami berbincang dengan beberapa ketua polis Butterworth di balai polis yang terletak di belakang kuil kami, menjelaskan apa yang kami rancangkan,” kata Thavakumar kepada MT.

“Kami beritahu mereka akan mengadakan upacara doa, taklimat, sesi minum teh, bersurai secara aman dan pergi ke balai polis.

“Ketua polis kata kami boleh meneruskan majlis itu selagi perhimpunan itu dilakukan dengan aman.”

Thavakumar berkata, polis juga bertanya kenapa tokoh politik seperti Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy yang juga timbalan setiausaha agung DAP turut hadir.

“Saya kata saya tidak boleh halang kehadiran mereka kerana mereka adalah pemimpin masyarakat India. Acara kami bukan bersifat politik. Ia terbuka kepada semua penganut Hindu,” kata Thavakumar.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments