Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Terlebih caj harga petrol, Shell dipanggil kementerian

 | May 19, 2017

Hamzah akan bertemu pihak pengurusan Shell pada Isnin berhubung laporan pengguna dikenakan caj RM4.09 bagi seliter petrol di Pulau Pinang malam tadi.

Hamzah-Zainuddin-shellSEPANG: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin akan bertemu pihak pengurusan Shell pada Isnin berhubung laporan pengguna dikenakan caj RM4.09 bagi seliter petrol di Pulau Pinang malam tadi.

Beliau berkata pertemuan akan diadakan di kementerian bagi membolehkan Shell mengemukakan surat tunjuk sebab dan membuktikan masalah teknikal yang didakwa menjadi punca perkara itu berlaku.

Kementerian juga akan mengadakan siasatan sendiri bagi menentukan ia berpunca daripada masalah teknikal atau sengaja dilakukan.

“Walaupun Shell mengaku ia adalah masalah teknikal dan meminta maaf, saya masih mahu mereka datang dan membuktikan ia adalah masalah teknikal. Kesilapan adalah kesilapan.

“Kita tidak menerima banyak aduan, namun satu aduan sudah cukup untuk kita menyiasat,” katanya kepada pemberita apabila diminta mengulas perkara tersebut.

Ditanya bagaimana wang pengguna akan dipulangkan, Hamzah berkata pihak pengurusan Shell berjanji akan memulangkan wangnya.

Posting Facebook menyiarkan seorang pelanggan yang mengisi keretanya dengan RON95 selepas tengah malam di sebuah stesen minyak di Pulau Pinang dikenakan caj RM4.09 seliter dan bukannya RM2.08, yang turut memuatkan gambar resit bayaran.

Pada Rabu, harga minyak petrol RON97 dan RON95 naik 7 sen sementara diesel 4 sen yang menyaksikan harga RON95 ialah RM2.08 seliter, RON97 pada RM2.36 seliter dan diesel RM1.99 seliter.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments