Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Najib mahu dunia tangani situasi tak bertamadun di Syria, Iraq

 | May 20, 2017

Kita mesti menunjukkan bahawa kita sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan keganasan secara pantas dan tegas di mana sahaja dan pada bila-bila masa.

najib-syria-iraqPETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak yang akan menghadiri Sidang Kemuncak Negara Arab, Islam dan Amerika Syarikat di Riyadh, menggesa dunia berganding mahu bagi mengakhiri situasi di Syria dan Iraq yang beliau sifat sebagai “tidak bertamadun.”

Sambil menyifatkan sidang kemuncak itu sebagai 1 usaha penting untuk membawa hubungan antara dunia Islam dan Amerika Syarikat (AS) ke tahap baharu, perdana menteri berkata, melalui persefahaman yang lebih besar, dunia boleh bekerjasama dengan lebih baik bagi menentang kejahilan, penyisihan dan rasa tidak puas hati yang boleh membangkitkan ekstremisme ganas.

Katanya, Presiden AS Donald Trump komited untuk menghapuskan Daesh dan begitu juga Malaysia yang turut melangkaui semua negara Islam pada sidang kemuncak itu esok, yang dijangka lebih 50 pemimpin akan hadir.

“Kita perlu memastikan bahawa keadaan tidak bertamadun yang kita lihat di Syria dan Iraq akan berakhir.

“Kita mesti menunjukkan bahawa kita sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan keganasan secara pantas dan tegas di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Kita tidak boleh menyerah kalah.”

Najib berkata demikian dalam artikel beliau dalam akhbar Saudi Gazette dan Al Riyadh, yang disiarkan hari ini sempena sidang kemuncak tersebut.

Kata Najib, terpulang kepada peserta sidang kemuncak itu untuk menjalin kerjasama dan membuktikan, sekali dan untuk semua, bahawa tidak ada pertembungan tamadun, dengan dunia Islam di satu pihak dan Barat di pihak yang lain.

“Justeru kita semua – penganut semua agama – perlu bersatu, tegas, bertekad dan sedia bertindak.”

Kata Najib, perjumpaan menerusi sidang kemuncak itu adalah tepat pada masanya dan amat diperlukan, dan beliau yakin ia akan memperbaharui dan memberi tenaga baharu kepada persahabatan semua yang hadir dan menghasilkan hala tuju baharu untuk kerjasama, keselamatan dan persefahaman.

“Agenda utama persidangan adalah walaupun kerajaan yang ditubuhkan oleh Daesh di Iraq dan Syria mulai lemah, tiada siapa sepatutnya meragui bahawa ancaman daripada pengganas yang mencemar nama Islam masih tinggi.

“Kepada negara yang berhimpun di sini, ia mungkin lebih meningkat apabila pengganas melarikan diri dari kawasan yang dikuasai mereka dan kembali ke negara masing-masing dan merancang untuk membawa keganasan ke bandar raya-bandar raya kita.”

Kata Najib, adalah penting kesemua negara Islam dan pemimpin-pemimpin menjadikannya jelas bahawa tiada yang Islamik mengenai keganasan.

Malah katanya, sesiapa yang mengatakannya Islamik telah diperdaya oleh penceramah palsu dan mereka yang jahil atau mempunyai salah faham terhadap agama kami. Islam yang sebenar ialah agama yang membawa petunjuk, ketamadunan dan keilmuan, bukannya kemusnahan dan kematian.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments