Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Najib: Umno jelajah seluruh negara dekati rakyat

 | May 20, 2017

Datuk Seri Najib Razak berkata beliau mahu anggota Umno menyusun strategi dengan turun menemui rakyat dan menghulurkan bantuan kebajikan dan menganjurkan pelbagai program kemasyarakatan.

najib-umnoKUALA LUMPUR: Umno akan memulakan jelajah ke seluruh negara mendekati rakyat dengan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan seperti golongan miskin, orang tua dan orang kelainan upaya, kata presidennya Datuk Seri Najib Razak.

“Saya mahu anggota Umno menyusun strategi dengan turun menemui rakyat dan menghulurkan bantuan kebajikan dan menganjurkan pelbagai program kemasyarakatan. Umno sentiasa prihatin ke atas keperluan rakyat berbanding pembangkang yang hanya tahu bercakap dan menaburkan fitnah tanpa ada hala tuju yang jelas,” kata beliau.

Dipetik Bernama, perdana menteri berkata, Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) mendekati rakyat secara berterusan berbeza dengan pembangkang yang hanya turun padang menemui rakyat secara bermusim.

Katanya, Umno yang merupakan tunjang kepada kerajaan BN telah membantu rakyat dalam pelbagai perkara antaranya memberi subsidi dalam mengurangkan kos ditanggung rakyat.

“Antara subsidi ialah kesihatan dengan pesakit membayar pada harga minima RM1 sahaja, skim perumahan yang memudahkan pembelian dalam kalangan rakyat bagi golongan berpendapatan sederhana dan rendah menerusi Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan atau dipanggil RUMAWIP serta pelbagai kemudahan untuk rakyat,” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap sebelum melancarkan program UMNO Bantu Rakyat anjuran Biro Kebajikan UMNO di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Kosas, Ampang dekat sini, malam tadi.

Sementara itu, ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata Biro Kebajikan Umno (BIKUM) akan memulakan siri penjelajahannya ke seluruh negara bermula hari ini dengan ke Perak dalam misinya untuk mendekati rakyat.

“Ia membabitkan 35 kenderaan pacuan 4 roda yang akan menjelajah ke semua negeri dan konvoi ini nanti akan membawa bersama bantuan dan sumbangan khusus untuk golongan memerlukan.

“Antara bantuan yang akan disampaikan termasuk barangan keperluan harian seperti makanan, selain 300 hamper khas di setiap Umno bahagian yang dilawati,” kata beliau.

Konvoi ini yang memberi makna cukup besar kepada Umno seiring usia parti yang sudah menjangkau 71 tahun, dan ia adalah program untuk Umno mendekati rakyat.

Seramai 150 sukarelawan dan peserta konvoi akan terlibat dalam program jelajah berkenaan dan anggota konvoi juga akan turut memasuki kawasan pedalaman di Kinabatangan, Sabah dengan menaiki bot demi memastikan sumbangan itu sampai kepada masyarakat di sana, katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments