Opec lanjutkan potongan pengeluaran minyak 9 bulan lagi
Potongan ini kemungkinan akan sekali lagi dikongsi bersama dengan 12 negara bukan Opec yang diketuai Rusia.
VIENNA: Opec hari ini mencapai keputusan untuk melanjutkan potongan pengeluaran minyak untuk 9 bulan lagi hingga Mac 2018, kata perwakilan Opec, ketika kumpulan pengeluar itu memerangi bekalan minyak berlebihan yang menyaksikan harga rendah dan hasil rendah sejak 3 tahun lalu.
Potongan ini kemungkinan akan sekali lagi dikongsi bersama dengan 12 negara bukan anggota Opec yang diketuai Rusia selaku pengeluar minyak utama, yang mengurangkan pengeluaran seiring dengan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum sejak Januari.
Potongan Opec membantu menaikkan harga minyak melebihi AS$50 setong tahun ini, memberikan rangsangan hasil kepada pengeluar, yang kebanyakannya bergantung kepada hasil tenaga dan terpaksa membelanjakan mata wang asing untuk mengisi kekurangan belanjawan.
Penurunan harga minyak, yang bermula pada 2014, memaksa Rusia dan Arab Saudi mengurangkan perbelanjaan dan membawa kepada kekacauan di beberapa negara pengeluar termasuk Venezuela dan Nigeria.
Para menteri minyak Opec meneruskan perbincangan mereka di Vienna. Negara pengeluar minyak bukan Opec dijadualkan bertemu Opec selepas itu.
Menteri Tenaga Arab saudi Khalid al-Falih berkata negara anggota Opec Nigeria dan Libya sekali lagi dikecualikan daripada pemotongan kerana pengeluaran mereka dikekang kekacauan.
Sumber Opec berkata mesyuarat hari ini akan membincangkan keperluan kerjasama jangka masa panjang dengan negara pengeluar bukan Opec.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Kumpulan itu juga akan menghantar mesej kepada pasaran yang ia mahu mengurangkan eksport minyak.