Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pemimpin Pemuda Umno sokong sekolah aliran Inggeris

 | May 25, 2017

Khairul Azwan Harun berkata ramai rakyat Malaysia enggan bertutur Inggeris kerana takut membuat kesilapan.

azwan-bro

SUBANG JAYA: Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun berkata beliau secara peribadi mahu sekolah aliran Bahasa Inggeris yang menggunakan bahasa itu sebagai perantaraan diwujudkan dalam sistem pendidikan Malaysia.

“Saya menyokong initiatif mewujudkan lebih banyak sekolah menggunakan medium Inggeris di negara ini. Tetapi saya tidak pasti sama ada dasar sekarang membenarkannya.

“Perlu ada pelarasan dasar,” kata senator Dewan Negara itu di majlis dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) mengenai kefasihan bahasa Inggeris di kalangan rakyat Malaysia, di sini, malam tadi.

Azwan berkata ramai rakyat Malaysia segan bertutur bahasa Inggeris kerana segan.

Bagi mengatasi masalah tersebut, beliau mencadangkan penggunaan bahasa “rojak” sebagai permulaan.

“Masalah dengan orang Malaysia ialah kita segan. Kita tidak mahu ditertawakan. Kita mahu jadi ‘perfect’, takut buat kesilapan,” katanya pada program “Mengajar Bahasa Inggeris di Malaysia, Cabaran dan Penyelesaian” dianjurkan beliau dengan kerjasama Teach for Malaysia, sebuah NGO pendidikan.

“Tidak salah menggalakkan generasi muda bertutur bahasa Inggeris dengan campuran bahasa ibunda,” katanya.

Seorang lagi pemimpin muda Umno, Nurul Ashiqin Shamsuri, yang juga pengasas NGO pengupayaan wanita Project Fearless, menceritakan pengalamannya mengajar di mana pelajar tidak tampil dengan idea mereka kerana tidak fasih Inggeris.

“Adakalanya saya perlu memaksa mereka dan mereka mempunyai idea hebat,” katanya sambil menambah orang Eropah tidak semuanya fasih bertutur Inggeris tetapi mereka cuba sedaya upaya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments