Dadah bernilai RM18 juta dirampas di Kedah
Rampasan dadah pelbagai jenis ini merupakan yang terbesar di Kedah.
Timbalan Ketua Pengarah Datuk Zulkifli Yahya berkata dalam kejadian 9.15 pagi itu, seorang lelaki warga tempatan berusia 26 tahun ditahan untuk siasatan selepas anggotanya melakukan pemeriksaan ke atas kereta yang dipandu lelaki itu di lorong pemeriksaan kastam.
“Rentetan itu, seorang suspek lelaki berusia 36 tahun yang dipercayai anggota sindiket ditahan di Alor Setar untuk siasatan. Kita masih menyiasat di mana dadah itu diperolehi dan melibatkan pasaran mana,” katanya.
Zulkifli berkata, suspek berusia 26 tahun itu didapati berulang alik ke negara jiran sebelum ini melebihi 2 kali dan ujian air kencing ke atas kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine.
“Mereka direman hingga 5 Jun untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.
Zulkifli berkata, kastam akan terus meningkatkan kawalan di sempadan Bukit Kayu Hitam supaya mereka yang terlibat dengan kegiatan ini tidak terlepas daripada penguatkuasaan.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram