Pasaran saham sugul, kecewa potongan pengeluaran minyak cuma 9 bulan
Pelabur mengharapkan potongan pengeluaran yang lebih besar atau lebih panjang daripada Opec dan rakan sekutu.
BENGALURU: Pasaran saham Asia Tenggara sugul hari ini kerana pelabur yang mengharapkan potongan pengeluaran minyak yang lebih besar kecewa dengan keputusan Opec dan rakan sekutu melanjutkan kekangan sedia ada.
Ia menyebabkan pelabur mengelak daripada aset berisiko.
Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum dan sebahagian negara pengeluar minyak bukan Opec bersetuju untuk melanjutkan ikrar memotong pengeluaran hingga Mac 2018 tetapi pelabur menjangkakan potongan bekalan yang lebih besar atau pada tempoh yang lebih panjang.
Minyak mentah menjunam 5% susulan pengumuman semalam dan kekal kerugian hari ini.
Di Asia, indeks MSCI bagi pasaran saham Asia-Pasifik di luar Jepun semalam jatuh 0.2% selepas ditutup tinggi 2 tahun kebelakangan ini.
“Banyak pasaran Asia Tenggara mempunyai struktur yang sama di mana saham tenaga dan minyak menjadi penyumbang market-cap terbesar pada pengiraan indeks keseluruhan, jadi saya rasa tekanan menjual saham tenaga menyebabkan pasaran turun,” kata Rakpong Chaisuparakul, pakar strategi di KGI Securities Thailand.
Saham Singapura jatuh 0.5%, mengorak kejatuhan pertama dalam 4 sesi, diseret turun kewangan dan industri.
Saham Malaysia tidak berubah dengan saham kitaran pengguna, perkhidmatan penjagaan kesihatan dan saham tenaga menekan indeks.
Saham Indonesia meneruskan dagangan selepas bercuti dan sedikit tinggi selepas 3 sesi kejatuhan berturut-turut. Telekomunikasi dan keperluan pengguna antara pendahulu pasaran.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Saham Vietnam juga naik, didorong kewangan dan industri, tetapi perolehan dijejaskan kerugian di saham tenaga.